Harian Metro

Empat sekeluarga mati mendulang

-

Bangkok: Empat anggota keluarga Islam termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun ditembak mati ketika mendulang emas di sungai terpencil di Narathiwat.

Polis berkata, mayat Mayuso Bado, dua anak lelakinya, dengan paling muda berusia 16 tahun dan seorang menantu lelakinya, ditemui saudaranya lewat semalam selepas gagal pulang daripada mendulang emas di daerah Sukhirin di Narathiwat.

Mereka ditembak dengan ‘senjata perang,’ kata komander polis Narathiwat, Manus Sixsamat, kenyataan yang biasa digunakan untuk menggambar­kan raifal lazim digunakan pemisah serta perkhidmat­an keselamata­n di wilayah itu.

“Kami belum tahu motif sebenar tetapi mereka mungkin ditembak pemisah atau kumpulan pendulang lain,” katanya.

Dia bagaimanap­un menolak kemungkina­n pembabitan penduduk Buddha tempatan, yang dianggap terlalu takut untuk pergi jauh ke dalam hutan di zon sempadan yang bergunung-ganang.

Kira-kira 7,000 maut sejak 2004 di wilayah dikuasai penduduk Islam di selatan negara itu, apabila pemisah mahukan lebih kuasa autonomi.

Majoriti mangsa orang awam, termasuk penduduk kampung Islam dan Buddha, guru serta pegawai kerajaan, yang terperangk­ap dalam keganasan membalas dendam antara pemisah dan pasukan keselamata­n Thailand. – AFP

Kami belum tahu motif sebenar tetapi mereka mungkin ditembak pemisah atau kumpulan pendulang lain”

Manus Sixsamat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia