Harian Metro

LARI PULANG

 Peminta suaka Iraq diburu dalam kes rogol, bunuh remaja ditahan pihak berkuasa di negara asal

- AFP

Seorang peminta suaka Iraq meloloskan diri daripada pihak berkuasa Jerman kerana merogol dan membunuh remaja perempuan tempatan berusia 14 tahun sebelum berjaya ditahan di negara asalnya, hanya beberapa hari selepas melarikan diri.

Menteri Dalam Negeri Jerman, Horst Seehofer semalam berkata, suspek dikenali sebagai Ali Bashar, 20, ditahan pihak berkuasa Kurdis di utara Iraq atas permintaan polis persekutua­n Jerman selepas merogol dan mencekik mati Susanna Maria Feldman, 14, pada 22 Mei lalu.

Mayat Susanna ditemui di kawasan hutan berhampira­n landasan kereta api pada Rabu lalu selepas seorang pendatang kanak-kanak berusia 13 tahun menemuinya. Saksi itu yang datang ke balai polis untuk membuat laporan turut menamakan Ali, 20, sebagai suspek.

Ali sebelum ini gagal permohonan­nya mendapat suaka di Jerman tetapi dibenarkan terus tinggal di negara itu sementara merayu keputusan berkenaan.

Dia melarikan diri ke Erbil, Iraq bersama keluargany­a, manakala suspek kedua, lelaki Turki berusia 35 tahun ditahan beberapa jam selepas mayat Susanna dijumpai.

Pendakwa awam Wiesbaden di mana kejadian berlaku, Oliver Kuhn berkata, kedua-dua suspek tinggal di pusat pelarian di bandar itu.

Kehilangan Ali mencetuska­n kemarahan rakyat Jerman apabila dia dilaporkan mempunyai rekod jenayah yang banyak walaupun baru tiga tahun berada di negara itu.

Akhbar Bild dalam komentarny­a berkata: “Kerajaan patut meminta maaf daripada ibu bapa Susanna.

“Sudah cukup kejam pembunuhan seorang kanak-kanak, apatah lagi bila dilakukan penjenayah yang sepatutnya tidak berada di negara ini.”

 ??  ?? POLIS memeriksa tempat mayat Susanna ditemui. - Agensi
POLIS memeriksa tempat mayat Susanna ditemui. - Agensi
 ??  ?? ALI
ALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia