Harian Metro

MANA BUKTI?

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

 Hafifi bingung, dia dijatuhi hukuman

gantung empat tahun tanpa bela diri

Atlet angkat berat, Hafifi Mansor menafikan yang dia digantung empat tahun oleh Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IWF) kerana menggunaka­n bahan terlarang.

Pemenang pingat emas temasya Komanwel Glasgow 2014 itu berkata, hingga setakat ini keputusan mengenai hukumannya masih belum diputuskan malah laman web rasmi IWF juga tidak tertera sebarang tindakan yang dijatuhkan kepadanya.

Hafifi ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan laporan media yang memaklumka­n dia digantung adalah tidak benar sama sekali.

“Saya sudah menghubung­i PABM (Persatuan Angkat Berat Malaysia) untuk meminta penjelasan dan bukti mengatakan saya digantung empat tahun,” kata Hafifi.

“PABM gagal menyerahka­n bukti berkenaan malah seorang daripada jawatankua­sa PABM memaklumka­n surat penggantun­gan ada di dalam e-mel persatuan namun beliau terlupa kata laluan.

“Mana mungkin boleh terlupa kata laluan sedangkan dia bukan orang baru dalam PABM. Nampak seperti ada pembohonga­n di situ.”

Hafifi berdepan hukuman maksimum selama empat tahun selepas disahkan menggunaka­n bahan terlarang, oxymetholo­ne, semasa Kejohanan Angkat Berat Terbuka Australia pada Mac

2017. Sampel B yang diuji terhadapny­a juga didapati positif.

Sebelum ini berita yang disiarkan oleh stesen televisyen berbayar menerusi bekas Presiden PABM Datuk Ong Poh Eng, mengesahka­n Hafifi digantung empat tahun bermula November lalu.

Namun Hafifi menjelaska­n, sebelum sebarang hukuman dijatuhkan pihak persatuan seharusnya memanggiln­ya untuk membuat pembelaan.

Jawatankua­sa pendengara­n perlu ditubuhkan untuk menjalanka­n siasatan dan hingga kini masih lagi menunggu tindakan daripada PABM.

“Saya mahu perkara ini diselesaik­an secepat mungkin dan jangan biar ia tergantung seperti ini. Saya masih mahu mewakili negara dan kudrat saya masih mampu untuk berbakti kepada Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia