Harian Metro

PEREBUTAN HANGAT

 Lima muka baru dijangka cabar kerusi ‘panas’ Presiden, Timbalan dan Naib Presiden PSM

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Pemilihan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) dijangka ‘panas’ apabila antara tiga hingga lima individu termasuk muka baru dan kurang dikenali dicalonkan untuk merebut kerusi sempena Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM), pada 24 Jun ini.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Mohd Radzuan Abdullah, mengesahka­n bahawa Datuk Ahmad Ismail yang dicalonkan semula bakal dicabar dua individu lain.

Ahmad akan dicabar Datuk Akramuddin Abdul Aziz (Timbalan Presiden PSM semasa) dan Datuk Markiman Kobiran (Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor).

Mohd Radzuan berkata, pertanding­an bagi merebut jawatan Timbalan Presiden juga bakal menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Akramuddin, Datuk Abdul Jalil Ariffin (Bendahari PSM) dan Syed Araniri Syed Ahmad Al Edroos.

Bagi jawatan Naib Presiden bakal menyaksika­n pertanding­an lima penjuru antara Syed Husain Syed Abu Bakar Al Edroos (Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Kedah), Datuk Datuk Awang Sham Amit(Presiden Persatuan Sepaktakra­w Sabah), Datuk Mohd Sumali Reduan (Presiden Persatuan Sepaktakra­w Wilayah Persekutua­n), Datuk Abdul Halim Suleiman (Presiden Persatuan Sepaktakra­w Johor) dan Abdul Razak Rahman (Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil).

“Bagaimanap­un, senarai individu yang bakal merebut jawatan tertinggi ini belum muktamad kerana mereka perlu mengisi borang pengesahan penerimaan pencalonan yang akan dihantar mulai esok dan perlu diserahkan semula ke ibu pejabat sebelum jam 5 petang, pada 20 Jun ini.

“Selepas itu baru kita boleh tahu siapa akan dicabar oleh siapa biarpun contohnya secara kasar jawatan Presiden

PSM sekarang akan ditandingi Datuk

Seri Ahmad,

Datuk Markiman dan

Datuk Akramuddin,” katanya ketika dihubung, semalam.

Bagaimanap­un, Mohd Radzuan berkata semua individu yang dicalonkan berhak menolak pencalonan bagi merebut mana-mana jawatan sekiranya mereka tidak berminat berbuat demikian nanti. Sebelum ini, media melaporkan, Pejabat Pesuruhjay­a Sukan

(PPS) membenarka­n PSM menangguhk­an mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk sukan sepak takraw itu sehingga 30 Jun ini.

 ??  ?? RADZUAN (kiri) bersama Ahmad.
RADZUAN (kiri) bersama Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia