Harian Metro

FAM BELUM ADA KEPUTUSAN RASMI

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahka­n belum menerima keputusan rasmi daripada Tan Sri Annuar Musa sama ada menerima atau menolak pencalonan­nya sebagai presiden baru badan induk itu.

Ia susulan dikhabarka­n bahawa Annuar mahu menolak pencalonan namanya yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi merebut jawatan yang ditinggalk­an Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi

ketika ditanya mengenai khabar angin berkenaan menjelaska­n pihaknya tidak boleh mengesahka­n perkara berkenaan kerana masih belum menerima

(gambar)

maklumat rasmi.

“Setakat ini (3 petang), Annuar belum memberi jawapan terhadap borang pencalonan yang kami serahkan kepada beliau.

“Jadi, maknanya tiada jawapan sama ada beliau menerima atau menolak pencalonan­nya untuk bertanding jawatan Presiden FAM.

“Jika benar beliau sudah kemukakan jawapan untuk menolak pencalonan itu, sudah pasti saya akan dimaklumka­n oleh staf FAM, tapi setakat ini memang tiada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain Annuar, Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi juga masih belum membuat keputusan selepas namanya dicalonkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

“Azim pun masih belum memberi jawapan, tapi beliau nampak macam berminat,” jelas Yusoff.

Tarikh akhir bagi mengesahka­n pencalonan adalah pada Khamis ini dan sehingga kini hanya Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang sudah berbuat demikian.

Presiden FAM yang baru akan dipilih pada Kongres Tahunan FAM ke-54 yang berlangsun­g

14 Julai ini.

 Annuar tunggu sehingga tarikh akhir pencalonan

 ??  ?? ANNUAR belum memberi jawapan. AZIM dicalonkan oleh PBNP.
ANNUAR belum memberi jawapan. AZIM dicalonkan oleh PBNP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia