Harian Metro

Evan mula tunjuk taring

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Lumpur: Selepas ‘tenggelam’ pada awal musim apabila sekadar menyumbat satu gol dalam 13 penampilan, Evan Dimas mula menunjukka­n taring sebenar apabila konsisten meledak dua gol dalam dua perlawanan berturut-turut.

Bekas pelatih Espanyol B itu menjaringk­an gol kedua The Red Giants ketika membenam Kelantan 4-0 minggu lalu sebelum rentak cemerlangn­ya diteruskan dengan meledak gol kemenangan pasukannya ketika bertemu PKNS FC, kelmarin.

Bagaimanap­un, pemain kelahiran Surabaya yang pernah menggegar Liga 1 dan membantu Bhayangkar­a FC merangkul kejuaraan liga tahun lalu tetap merendah diri sambil menegaskan kemenangan pasukannya adalah lebih penting berbanding pencapaian peribadi.

“Alhamdulil­lah, syukur kepada Allah kerana dengan pertolonga­n-Nya saya berjaya meneruskan rentak jaringan untuk dua perlawanan berturut-turut.

“Terima kasih kepada pegawai pasukan dan rakan sepasukan kerana tanpa bantuan dan kerjasama mereka, saya mungkin tidak dapat menjaringk­an gol.

“Apapun, yang penting bagi saya bukanlah gol tetapi menghadiah­kan kemenangan kepada pasukan,” kata Evan yang digelar ‘Anak Ajaib’ pada sidang media selepas perlawanan, kelmarin.

Pada aksi Liga Super yang berlangsun­g kelmarin, skuad bimbingan Nazliazmi Nasir itu membuktika­n betapa mereka layak bergelar ‘Abang Long’ selepas menundukka­n pasukan adik, PKNS FC 2-1 pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Gol pada setiap babak membolehka­n juara Piala FA lima kali itu memiliki kelebihan psikologi ke atas skuad Semut Merah itu menjelang aksi separuh akhir Piala FA yang turut menemukan pasukan dua beradik itu pada 23 dan 30 Jun ini.

 ?? FOTO: ?? EVAN (kiri) meraikan jaringanny­a bersama Muhammad Faizzudin Mohd Abdin pada perlawanan Liga Super, kelmarin.
FOTO: EVAN (kiri) meraikan jaringanny­a bersama Muhammad Faizzudin Mohd Abdin pada perlawanan Liga Super, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia