Harian Metro

SWEDEN TAK PERLU IBRAHIMOVI­C

-

Ketika Zlatan Ibrahimovi­c masih berada dalam pasukan Sweden, semua gerakan diarahkan kepadanya untuk menghasilk­an jaringan walaupun rakan sepasukan lain berada pada kedudukan lebih baik.

Namun, Ibrahimovi­c tidak pernah menjaringk­an gol di pentas Piala Dunia di mana dia hanya bermain dalam dua edisi - 2002 dan 2006.

Kehadirann­ya tidak membantu Sweden untuk layak beraksi di Afrika Selatan 2010 dan Brazil 2014.

Kali ini Sweden tampil di Russia 2018 tanpa Ibrahimovi­c dan walaupun dianggap kurang menyengat di barisan depan, hakikatnya peluang Sweden lebih baik untuk melakukan kejutan dalam Kumpulan F yang turut dibarisi juara bertahan Jerman, Mexico dan Korea Selatan.

Sweden gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia sejak tahun 2006 dan ini adalah peluang terbaik untuk kembali meletakkan diri dalam kalangan gergasi bola sepak dunia selepas muncul naib juara pada tahun 1958 dan dua kali tempat ketiga (1950, 1994).

Kali terakhir layak pada tahun 2002 dan 2006, Sweden berjaya mara ke pusingan kalah mati.

Pada edisi kali ini, Sweden mengharung­i pusingan kelayakan yang mendebarka­n selepas menamatkan peringkat kumpulan di tempat kedua di belakang Perancis. Sweden kemudian berdepan tugas berat pada playoff bertemu juara empat kali, Itali.

Sweden menang 1-0 pada perlawanan pertama di Solna sebelum mempertaha­nkan kedudukan itu dengan keputusan 0-0 di San Siro untuk mengesahka­n tiket ke Russia, manakala Itali terpaksa melupakan pentas berprestij itu buat kali kedua selepas pertama kali tidak layak pada tahun 1958.

 Ketiadaan penyerang ternama tak rencat

harapan Sweden lakar kejutan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia