Harian Metro

Chicharito mahu gegar Russia

-

West Ham, Javier Hernandez akan membuat kemunculan ketiga pada Piala Dunia selepas disenaraik­an dalam 23 pemain terakhir Mexico.

Hernandez, 30, menjadi pemain tunggal dalam Liga Perdana Inggeris disenaraik­an dalam skuad Juan Carlos Osorio ke Russia.

Dia membuat kemunculan pertama Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010 dan bergelar pemain Manchester United di Brazil 2014.

Mexico yang berkeduduk­an ke-15 FIFA, berada dalam kumpulan F bersama juara bertahan, Jerman, Sweden dan Korea Selatan.

Tiga pemain daripada pasukan juara Portugal, Porto disenaraik­an termasuk pertahanan Diego Reyes, pemain tengah Hector Herrera dan penyerang Jesus Manuel Corona.

Sudah bergelar penjaring terbanyak Mexico, Javier Hernandez berazam membuat penampilan terbaik di Russia 2018 selepas gagal dalam dua percubaan di Piala Dunia sebelum ini.

Pada 2010, Hernandez menjaringk­an dua gol buat El Tri ketika menang 2-0 mengatasi Perancis dan tewas 1-3 kepada Argentina manakala empat tahun kemudian dia hanya sekali menemui gawang ketika menang 3-1 mengatasi Croatia.

Pemain yang memakai nama Chicharito pada jersinya itu dikenali dengan kepantasan dan keupayaan menanduk bola selain menyepak dengan kedua-dua kaki.

Bagaimanap­un, pada usia 30 tahun, dia mungkin tidak lagi menjadi pemain secara automatik dipilih Osorio yang memiliki tabiat suka menggilirk­an pemain selain menggunaka­n pemain seperti Carlos Vela, Oribe Peralta dan Raul Jimenez.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia