Harian Metro

HAPUS BADI PUSINGAN KEDUA

-

Mexico bersama Brazil dan Jerman menjadi hanya tiga pasukan terselamat daripada peringkat kumpulan pada enam Piala Dunia terakhir, namun gergasi CONCACAF itu gagal melepasi semua peringkat 16 pasukan terakhir.

Dan tahap tidak konsisten pada Piala Dunia itulah yang mahu dihapuskan Mexico pada saingan di Russia kali ini.

Dalam tempoh itu, jurulatih silih berganti bagi memadam badi dialami. Sebahagian daripadany­a menekankan kepentinga­n kerja keras, seorang daripadany­a mengutamak­an rasa cinta pada negara, seorang lagi mahu menukar minda pemain, namun semuanya tidak berhasil.

Ketika Mexico akan ke Piala Dunia di Russia, mereka akan dilengkapi barisan paling baik dalam tempoh berdekad dengan lebih separuh pemain meraih pengalaman di kelab utama Eropah, beberapa orang daripadany­a ada pingat emas Olimpik dan sebahagian lagi bergelar juara dunia peringkat remaja.

Namun, apa yang dilihat halangan paling besar buat skuad El Tri ialah psikologi: Adakah Mexico memiliki kekuatan mental dan menggunaka­n kemahiran bagi mengatasi masalah yang sentiasa tewas pada pusingan kedua?

Bagi menghapusk­an badi itu, Persekutua­n Bolasepak Mexico dan jurulatihn­ya, Juan Carlos Osorio cuba menggunaka­n penyelesai­an bukan tradisiona­l apabila pada 2016, mereka mengambil Imanol Ibarrondo dalam kakitangan kejurulati­han dengan tujuan utama sebagai jurulatih mental.

Osorio mempertaha­nkan keputusan itu di sebalik kritikan teruk media Mexico sambil mengatakan ia adalah standard biasa dalam sukan moden.

“Amerika Syarikat adalah antara negara terbaik di dunia dan semua atlet mereka dibantu secara mental,” kata Osorio. “Apa yang tidak kena mengenainy­a?”

Ketika pendekatan mental tampak bukanlah sesuatu yang biasa buat Mexico, namun ia sebenarnya pernah dilakukan apabila pada 2006, pasukan itu dibimbing pengamal spiritual yang membawa pemain ke

 Mexico pertaruh barisan pemain terbaik

perkasa misi Piala Dunia

puncak piramid purba negara itu bagi “mengubah tenaga.”

Walaupun menerima kritikan selepas pelantikan Ibarrondo, Osorio dan beberapa pemain berkata mereka gembira dengan kehadiran jurulatih mental itu.

Pertahanan Miguel Layún, penyerang Javier Hernández dan

Marco Fabián antara yang berkata mereka mengalu-alukan seseorang yang cuba menyelesai­kan tabiat lama pasukan itu.

“Keyakinan kami kini di tahap tertinggi,” kata Fabian. “Dia membuatkan kami rasa berada dalam pemikiran yang sama, bekerja keras untuk mencapai sasaran yang sama.”

 ??  ?? CORONA (tengah) antara penyerang berbisa dalam skuad Mexico.
CORONA (tengah) antara penyerang berbisa dalam skuad Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia