Harian Metro

Syor penubuhan majlis seni

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Ramai pengiat industri hiburan bersetuju dilaksanak­an supaya industri berkembang

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk, industri hiburan dicurahkan dengan idea mengenai penubuhan Majlis Seni Negara, Majlis Seni Nasional, Majlis Seni Kebangsaan atau apa sahaja yang releven dengan tujuan penubuhan.

Antara yang bersuara ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sharifah Amani, Iedil Putra malah ada juga persatuan seni tempatan seperti Karyawan turut mengetenga­hkan hasrat sama.

Sehinggala­h laporan berita pada 7 Jun lalu, kehadiran Siti Nurhaliza ke pertemuan Majlis Penasihat Kerajaan yang beliau dipercayai turut membawa cadangan ke pertemuan bersejarah itu.

Cuit Sikit minggu ini mendapatka­n pendapat beberapa penggiat seni tempatan yang mempunyai luahan tersendiri mengenai idea penubuhan majlis seni ini. “Tidak perlu sebab apa yang ada, sudah okey. Isunya dulu, kenapa industri tidak maju sebab banyak lantikan politik yang merosakkan perlaksana­an pembanguna­n industri.

Contohnya industri filem, sudah ada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dan segalanya sudah lengkap, tetapi apabila banyak agenda politik dan ketirisan wang daripada ahli politik menggunaka­n platform FINAS untuk salur duit, mangsanya adalah industri.

Perlu diingat bawah penubuhan FINAS adalah buah fikiran Tun Mahathir sendiri.

Satu lagi, pada ketika kerajaan sedang mentadbir urus kewangan yang ketat, penubuhan majlis seni akan menambahka­n lagi kos.

Jadi, apa kata kita memperbaik­i yang sudah ada supaya lebih produktif dan menjimatka­n kos.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia