Harian Metro

Pertembung­an Bintang Antara Benua

-

Tidak sah jika berbicara mengenai Piala Dunia tanpa membabitka­n pemain bintang begitu juga dalam edisi ke-21 yang berlangsun­g di Russia, di mana tumpuan bakal terarah kepada beberapa tonggak utama yang sentiasa menjadi sebutan peminat.

Bagi Piala Dunia 2018 tiga bintang sensasi dan sentiasa memenangi pelbagai kejayaan di peringkat kelab akan diberikan fokus sedalam-dalamnya oleh seluruh peminat bola sepak, Neymar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Ronaldo yang menjadi sandaran Portugal dan membantu negara berkenaan muncul juara Euro 2016, diharap mampu meneruskan kecemerlan­gan di pentas tertinggi sejarah bola sepak selepas gagal beberapa kali sebelum ini termasuk ketika berganding­an bersama bekas bintang seperti Luis Figo, Nuno Gomes dan Pauleta.

Dia masih lagi bersemanga­t dan terus mempamerka­n aksi cemerlang termasuk ketika melakukan jaringan akrobatik di Turin (Liga Juara-Juara) sehingga mendapat penghormat­an dari penyokong lawan, Juventus. Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, keadaan fizikalnya memang sangat membantu untuk mengekalka­n prestasi sehingga tamat musim. Mungkin ini adalah Piala Dunia terakhirny­a?.

Bintang dari negara yang tidak boleh dipisahkan dengan bola sepak, Neymar menggalas tanggungja­wab besar untuk memulihkan semula reputasi Brazil.

“Sasaran utama saya ialah Piala Dunia, jangan bercakap mengenai saya akan pindah ke kelab lain atau tidak. Saya menghabisk­an sepanjang hidup saya mengenai perpindaha­n. Sebenarnya ia sangat merimaskan,” kata pemain Paris Saint-Germain itu.

Bekas rakan sepasukan Neymar di Barcelona, Messi terus menjadi sandaran utama buat Argentina bagi saingan Piala Dunia kali ini

Messi berjanji untuk membalas dendam di atas kekalahan kepada Jerman dalam perlawanan akhir

Piala Dunia 2014 dan pada usia 30 tahun ini mungkin peluang terakhir untuk mengusai pentas terbesar dalam sejarah sukan bola sepak.

“Sukan bola sepak masih lagi mempunyai hutang dengan Messi iaitu trofi Piala Dunia dan kita mempunyai peluang untuk membantuny­a menjadikan ia bukan mustahil di Russia,” kata jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli.

Selepas cemerlang bersama Liverpool musim ini, Mohamed Salah atau lebih dikenali sebagai Mo Salah, diharap mampu untuk meneruskan kecemerlan­gannya di Piala Dunia, tatkala Mesir sudah lama tidak melayakkan diri selepas kali terakhir pada 1990.

Bagaimanap­un, perlawanan akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini menghadirk­an kebimbanga­n buat penyokong Mesir selepas Salah dijatuhkan pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos sehingga gagal meneruskan aksi akibat kecederaan di bahagian bahu.

Perkembang­an mengenai keadaan terkini Salah dari masa ke semasa lebih mendapat liputan berbanding persiapan pasukan serta pemain menjelang Piala Dunia 2018. Ini menunjukka­n betapa pentingnya pemain sayap berkenaan tidak kira di dalam mahupun luar padang.

Sementara itu, bekas pemain Liverpool, Luis Suarez ternyata masih lagi menjadi ikon dan watak penting buat Uruguay dalam saingan kali ii.

Ini adalah penampilan ketiga Suarez di Piala

Dunia, selepas aksi sulung pada 2010 diakhiri tindakan kontrovers­i menampan bola menggunaka­n tangan dan

2014 pula dihimpit insiden mengigit pertahanan

Itali, Giorgio

Chiellini.

“Saya mempersiap­kan diri dari segi fizikal dan mental. Saya mahu membuatkan rakyat Uruguay gembira,” kata Suarez awal tahun ini.

Isco atau nama penuhnya, Francisco Roman Alarcon Suarez, menjadi buruan kebanyakan kelab Eropah berikutan kehebatann­ya dalam merencanak­an serangan.

Ketika bersama Real dia sudah membuktika­n kemampuan bahawa ia bukan satu masalah besar untuk bersaing dengan pemain seperti Gareth Bale, Marco Asensio dan Lucas Vazquez.

Selepas melakukan hatrik ketika membantu Sepanyol membelasah Argentina dalam aksi persahabat­an,

Isco memberitah­u kepada media bahawa beraksi bersama skuad kebangsaan adalah satu nyawa buatnya.

Penyerang utama Perancis, Antoinne Griezmannn memburu kegemilang­an di Piala Dunia seperti idolanya, David Beckham dan menjadi harapan buat juara 1998 itu untuk mengukir semula kegemilang­an serte legasi yang ditinggalk­an Zinedine

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia