Harian Metro

Erra, Wany pilih Jerman Fasha sokong Perancis

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Empat tahun lalu, Brazil berjaya menganjurk­an

Piala Dunia 2014 dengan penuh gemilang dan menyaksika­n pasukan Jerman meneruskan kejuaraan buat kali keempat dalam kejohanan bola sepak berprestij dunia itu.

Pada tahun ini, benua Eropah sekali lagi menjadi ‘persinggah­an’ untuk penganjura­n piala itu dan Russia diberi penghormat­an bagi mengendali­kan edisi ke-21 yang akan bermula lima hari lagi iaitu pada 14

Jun.

Yang pasti kehangatan­nya kian terasa dan sudah ramai yang memberi ramalan siapa mampu muncul juara pertanding­an yang membabitka­n 32 negara dalam aksi akhir pada 15 Julai nanti.

Tidak terlepas memberikan sokongan dan semangat adalah selebriti wanita popular tanah air dan masing-masing memberi keyakinan tinggi terhadap pasukan pilihan mereka untuk menang.

Bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira, 44, dengan sokongan padu berkata, Jerman ialah pasukan pilihan juara buat

dirinya. “Hadir ke pentas Piala Dunia kali ini sebagai juara bertahan, kekuatan pasukan dari Eropah Tengah ini harus diberi perhatian oleh pasukan lain.

“Kemunculan pemain muda berusia 22 tahun iaitu Timo Werner dalam pasukan itu adalah satu perkara yang patut pasukan lain bimbangkan.

“Dia adalah tonggak utama Jerman dan

saya harap dia akan membantu Jerman mempertaha­nkan gelaran juara dunia.

“Ini ditambah pula dengan pengalaman Werner yang sudah membuktika­n dirinya sebagai pengendali barisan hadapan Jerman yang berjaya apabila membantu negaranya menjuarai Piala Konfederas­i pada tahun lalu buat pertama kali,” katanya.

Turut menyatakan sokongan kepada Jerman ialah penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Menahan Rindu, Wany Hasrita, 25.

Katanya, biarpun jarang menonton bola sepak, namun, dia yakin pemain Jerman akan melunaskan tanggungja­wab masingmasi­ng dengan sehabis baik.

“Walaupun kesebelasa­n utama Jerman kali ini dibarisi ramai bakat baru dan muda tetapi ia bukan perkara remeh yang patut dibiarkan begitu saja.

“Saya yakin, pemain muda berbakat ini akan membantu dan memberi sepenuh komitmen membantu pemain senior,” katanya yang mula mencipta nama menerusi aplikasi muzik Smule.

Sementara itu, pelakon filem Juvana, Eyka Farhana, 23, berkata, dia memilih pasukan tuan rumah Russia sebagai pilihan juara.

Menurutnya, pasukan itu mempunyai kelebihan dengan bermain di halaman sendiri walaupun Russia bukanlah pasukan kuat dunia.

“Sokongan daripada peminat adalah antara kunci kepada kejayaan. Kemungkina­n perlawanan yang diadakan di gelanggang sendiri akan membantu.

“Saya pasti Russia bukan saja mempersiap­kan diri sebagai tuan rumah agar kejohanan itu diadakan dengan jayanya tetapi, pemain mereka juga sudah berlatih bersungguh­sungguh agar sesuatu dapat diberikan di hadapan penonton sendiri,” katanya.

Pelakon cantik,

Fasha Sandha, 34, pula meramalkan kejuaraan akan menjadi milik Perancis.

“Semangat juang pasukan ini sangat tinggi dan setiap pemainnya sudah mempersiap­kan teknik permainan yang akan memusnahka­n kubu lawan.

“Hanya layak ke peringkat suku akhir empat tahun lalu bukan penamat buat pasukan Perancis kerana mereka juga pernah bergelar juara ketika pasukan itu dibarisi pemain hebat dunia seperti Thierry Henry dan Zinedine Zidane.

“Kali ini, saya pasti bekas pemain hebatnya ada membantu dan menurunkan ilmu kepada pemain muda agar bermain dengan fokus,” katanya yang pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebagai Pelakon Filem dan Televisyen Wanita Popular.

APA KATA SELEBRITI LAIN

1) “BERJAYA ke peringkat suku akhir empat tahun lalu menjadi kayu pengukur kepada Belgium untuk bergelar juara pada saingan kali ini. Saya yakin persediaan yang dilakukan pasukan itu akan memberikan kejuaraan kali pertama buat Belgium.” - (Pelakon, Elvina Mohamad)

2) “GELARAN kali kelima dalam Piala Dunia pasti akan dilaksanak­an oleh Jerman pada kejohanan kali ini. Tahap kekuatan pemainnya sudah pasti hebat dengan kejuaraan Piala Konfederas­i 2017.” (Pelakon, Scha Alyahya)

3) “PASUKAN dari Asia tidak harus dipandang rendah. Kehebatan Arab Saudi pernah teruji apabila pertama kali melayakkan diri pada Piala Dunia 1994 dan menduduki tangga ke-12 walaupun edisi

2010 dan 2014 pasukan itu tidak layak. Pilihan saya sudah pasti Arab Saudi.” (Pelakon, Reen Rahim)

4) “TIDAK pernah tidak layak ke Piala Dunia adalah kehebatan Brazil. Selain itu, lima kali menyandang gelaran juara sudah cukup membuktika­n pasukan itu menjadi pilihan saya untuk juara Piala Dunia 2018.” (Pelakon, Julia Ziegler)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia