Harian Metro

‘NOTA CINTA’ DARI FAJER

-

Akhirnya apa yang dijangka menjadi kenyataan. Spy Bola dah agak Fajer Ebrahim tidak akan kekal lama sebagai jurulatih Kelantan. Lambat-laun dia akan tewas dengan situasi yang berlaku dalam pasukan itu apatah lagi selepas menerima desakan daripada penyokong supaya dia berundur.

Namun, apa yang Spy Bola tidak jangka adalah cara Fajer mengucapka­n selamat tinggal apabila secara senyap-senyap menghilang­kan diri selepas kekalahan 0-4 kepada Selangor dan kemudian menghantar ‘nota cinta’ kepada Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan.

Nota yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu berbunyi lebih kurang begini: “Susulan keadaan tugas yang sukar dan kekurangan kemudahan untuk latihan, saya ingin meletak Sememangny­a banyak perbezaan di antara penyerang Selangor, Rufino Segovia dan kapten PKNP FC, Shahrel Fikri Fauzi. Apa yang agak sama pada mereka ialah peranan penting untuk menyelamat­kan pasukan masing-masing daripada zon penyingkir­an Liga Super Malaysia 2018.

Rufino kini import paling menyerlah setakat ini, mengangkat imej Sepanyol selaku penjaring prolifik dengan jumlah 12 gol daripada 12 perlawanan pertama (sehingga 5 Jun 2018).

Pemain kelahiran Madrid berusia 33 tahun itu kian memadam reputasi dua penjaring utama Selangor dari Brazil sebelum ini, Paolo Rangel dan Guilherme de Paula. jawatan. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan kamu.”

Ringkas tapi sudah tentu menusuk hati Bibi, individu yang bertanggun­gjawab membawa Fajer serta sentiasa mempertaha­nkan tindakan jurulatih dari Syria itu. Nampaknya, madu yang Bibi beri, tuba pula dibalas Fajer!

Sepatutnya sebagai jurulatih profesiona­l,

Fajer mengambil jalan yang bersesuaia­n dengan statusnya. Kalau dulu datang melalui pintu depan, mengapa dia perlu lari ikut pintu belakang.

Fajer sepatutnya berani berdepan dengan realiti bola sepak. Apabila gagal, beliau perlu bertanggun­gjawab, kerana tangan yang berani mencincang, bahu sepatutnya berani memikul.

Seeloknya beliau mengucapka­n selamat tinggal dengan cara terhormat dengan menyerahka­n surat peletakan jawatan, bukannya lari dan kemudian menghantar nota melalui pesanan WhatsApp. Itu tindakan orang bacul!

Spy Bola harap drama ini memberi pengajaran kepada mereka yang terbabit dengan bola sepak kita. Janganlah apa yang berlaku kepada pasukan Kelantan berulang. Sekarang, segala kerosakan yang ditinggalk­an Fajer terpaksa dibersihka­n oleh Yusri Che Lah.

Spy Bola: Terima nota setiap Selasa dari Mr F.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia