Harian Metro

Acha tunjuk bakat

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Sejak kecil Acha, 27, sudah mendapat sokongan keluarga dan rakan untuk menceburi bidang nyanyian secara serius.

Bagaimanap­un, sifat pemalu dan rendah diri membuatkan dia mengambil masa lama sebelum terjun ke bidang itu

Namun, selepas mendapat sokongan terusmener­us daripada individu yang rapat dengannya, pemilik nama sebenar Nur Aishah Shari ini akhirnya memberanik­an diri untuk menunjukka­n bakatnya kepada umum.

Selain Allahyarha­m Achik Spin yang juga abangnya, antara adikberadi­k Acha turut terjun dalam bidang sama ialah Awis, Khalis dan Tajul.

“Sejak arwah Achik masih ada lagi saya diberikan sokongan untuk menceburi bidang seni. Keluarga dan rakan memberikan semangat supaya saya cuba menjadi penyanyi.

“Tetapi, ketika itu sikap pemalu dan rendah diri terlalu menguasai diri hinggakan saya tidak ada keberanian cuba nasib jadi penyanyi. Bagaimanap­un, keluarga tidak putus-putus memberikan sokongan hingga akhirnya saya mencuba nasib,” katanya.

Terbaru, gadis ini tampil dengan lagu pop balada berjudul Kejam.

Walaupun meminati genre dangdut, dia perlu mempunyai strategi untuk memperkena­lkan namanya sebagai penyanyi.

Tidak mahu menumpang populariti yang sudah dicipta adikberadi­knya yang lain, Acha sedar dia perlu berusaha memperliha­tkan bakatnya tanpa perlu bergantung dengan orang lain.

Bagaimanap­un, Acha tidak terasa hati jika umum ingin terus mengaitkan dirinya dengan adik-beradik.

Katanya, dia bangga ada abang dan adik yang berjaya dalam bidang nyanyian.

“Saya sedikit pun tidak ada rasa mahu menumpang populariti mereka sematamata mahu mengembang­kan lagi kerjaya. Saya berusaha keras untuk mempamerka­n bakat supaya dikenali kerana diri sendiri dan bukan kerana adik-beradik.

Sementara itu, bercerita mengenai persiapan

Aidilfitri, Acha selalunya akan menyediaka­n tiga pasang baju raya dan lebih suka membeli yang sudah siap dijahit.

Tidak terlalu cerewet, Acha tak terlalu terikat dengan warna tema mahupun membuat persiapan awal.

“Biasanya saya orang terakhir yang membuat persiapan raya. Saya tidak kisah sangat warna baju. Kalau kualiti kain, harga dan rekaan itu menepati cita rasa, saya akan terus beli,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia