Harian Metro

Cabut nyawa sendiri

-

meninggal pada usia 27 tahun.

3. AMY WINEHOUSE

Penyanyi Amy Jade Winehouse atau Amy Winehouse pernah memenangi tiga Ivor Novello Awards menerusi British Academy of Songwriter­s, Composer and Authors pada 2004.

Dia juga penyanyi wanita British pertama yang memenangi lima Anugerah Grammy. Amy tidak hanya memiliki vokal yang memukau tetapi juga berbakat sebagai penulis lirik.

Amy membeli gitar sendiri pada usia 14 tahun. Setahun kemudian, dia mula menulis lagu. Amy pernah bekerja sebagai wartawan hiburan di

World Entertainm­ent

News Network selain menyanyi bersama kumpulan Bolsha Band.

Menjalani kehidupan getir, Amy sebenarnya pernah cuba membunuh diri pada usia 10 tahun. Perkara itu diceritaka sendiri oleh Mitch Winehouse, bapa kepada penyanyi terkenal itu.

Amy kemudian terjerumus dalam masalah ketagihan alkohol dan dada hingga akhirnya gay hidup itu meragut nyawanya pada

23 Julai 2011.

4. ROBIN WILLIAMS

Pelawak sering membuat orang lain terhibur dengan telatah lucunya namun menyimpan seribu emosi yang dia sendiri tidak dapat luahkan.

Pelakon dan pelawak Robin Williams pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Grammy 1997.

Dia pernah berlakon dalam Popeye, Good Morning Vietnam, Dead Poets Society, Aladdin, The Birdcage dan Good Will Hunting.

Dilahirkan pada 21 Julai 1951, Williams memulakan kerjaya sebagai pelawak dalam rancangan komedi ‘stand-up’ pada pertengaha­n 1970 di San Francisco. Williams kemudian berpindah ke Los Angeles dan masih meneruskan kariernya di beberapa kelab termasuk Comedy Club.

Williams berkahwin dengan Valerie Velardi pada Jun 1978. Pasangan itu dikurniaka­n seorang anak lelaki pada 1983 dan kemudian berpisah pada 1988.

Pada 30 April 1989, Williams sekali lagi berkahwin dengan Marsha Garces. Mereka mempunyai dua anak iaitu Zelda Rae dan Cody Alan. Bagaimanap­un, rumah tangga mereka tidak bertahan lama. Masingmasi­ng membawa haluan sendiri pada 2008 dan sah bercerai dua tahun kemudian.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia