Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 2.05 petang PANGGUNG SABTU: KUCH MEETHA HO JAYE TV3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: MEK KELATE TV 3, 9.02 malam CEREKARAMA: AYAH TV 3, 12.30 tengah malam TV3 CINEMA: FANTASTIC FOUR - RISE OF THE SILVER SURFER

Sebuah pesawat terpaksa membatalka­n penerbanga­n kerana berhadapan masalah teknikal. Beberapa penumpang masing-masing berhadapan masalah peribadi terpaksa menyelesai­kan perkara itu dalam apa jua keadaan.

Pegawai lapangan terbang, S R Khan yang tertekan dengan masalah itu terserempa­k dengan bekas teman wanitanya, Gulab Khan yang sudah pun berkahwin.

Sementara itu, sepasang suami isteri yang berada di ambang perpisahan cuba menerangka­n keadaan sebenar kepada anak mereka.

PELAKON : Arshad Warsi, Mahima Chaudry, Parvin Dabas, Sandhya Mridul dan Rohit Roy Mek Tie, Mek Nor dan Mek Yea adalah tiga sahabat dari Kelantan. Mereka berusaha mendapatka­n sebuah kedai makan berkonsepk­an ‘boat house’ kerana masingmasi­ng ada kepakaran dalam bidang memasak.

Mek Tie mahir menyediaka­n nasi kerabu, Mek Nor pula pakar ayam percik manakala Mek Yea memiliki pengetahua­n membuat kuih tradisiona­l Kelantan.

Namun, sewa kedai makan itu terlalu mahal. Mereka buntu mencari sumber kewangan supaya dapat memulakan perniagaan makanan di ‘boat house’ itu.

Suatu hari, mereka mendapat panggilan telefon daripada Mek Ja. Dia menyaranka­n supaya mereka berniaga di Kuala Lumpur pada bulan Ramadan sebagai salah satu usaha mencari wang tambahan.

Mereka bersetuju lalu menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur. Ketigatiga sahabat itu membawa peralatan memasak dan barang mentah sehingga menyusahka­n penumpang lain.

PELAKON : Janna Nick, Kilafairy, Tisha Shamsir, Rozie Othman, Redza Rosli dan Tasha Shila Mengisahka­n beban seorang ayah yang bertanggun­gjawab menjaga keluargany­a selepas isterinya jatuh sakit. Demi menanggung kos perubatan yang tinggi, si ayah terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Anak langsung tidak menghirauk­an keadaan mereka di kampung. Si ayah kemudian nekad merompak sebuah rumah, tetapi ditangkap orang kampung.

PELAKON: Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Datuk Rahim Razali, Azar Azmi dan Idora Mitilda Adiwira yang menggelar diri mereka sebagai The Fantastic Four menyedari mereka bukanlah antara manusia yang memiliki kuasa luar biasa di alam semesta.

Mereka berhadapan dengan ancaman Silver Surfer dan raksasa, Galactus yang merosakkan planet di bima sakti.

Kuasa yang mereka miliki bagaimanap­un masih tidak mampu menewaskan penjahat. Mereka terpaksa menggunaka­n pelbagai helah bagi menjaga bumi.

PELAKON: Ioan Gruffurd, Jessica Alba, Chris

Evans, Michael Chicklis, Julian McMahon dan Kerry Washington

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia