Harian Metro

Muslihat di sebalik perkahwina­n

-

Kelainan yang cuba dibawakan dalam filem Korea Selatan berjudul Perfect Proposal yang bakal ditayangka­n slot Layar Asia, TV2 jam 10.30 malam ini pastinya disebabkan plot yang penuh kejutan dan mencabar.

Penonton bakal tertanyata­nya siapakah pembunuh sebenar dalam filem ini.

Kisahnya berkembang dengan watak utama iaitu Ji Hyeon yang hidup susah apabila terpaksa membayar hutang bertimbun kepada sekumpulan gengster.

Ji Hyeon bekerja di sebuah bar di Macau untuk membayar hutangnya itu. Di situ, dia bertemu Sung Yeol yang memintanya menjadi isteri baru kepada bapanya.

Sung Yeol menjanjika­n Ji Hyeon bakal mewarisi kekayaan bapanya apabila dia meninggal dunia dan harta itu perlu dibahagika­n sama rata antara merek berdua.

Sung Yeol terpaksa berbuat demikian kerana dirinya tidak dapat menjadi pewaris disebabkan statusnya sebagai anak kepada perempuan simpanan bapanya, Seok

Gu.

Pada awalnya Ji Hyeon marah dan menolak kerja itu, namun terpaksa menerima kerana terdesak dengan hutang dan hidupnya yang miskin.

Sung Yeol mengajar dan mengubah penampilan Ji Hyeon menjadi seiras isteri bapanya yang sudah meninggal dunia.

Ji Hyeon ditugaskan menjadi jururawat bapa Sung Yeol dan mereka tinggal atas kapal persendiri­an milik Seok Gu.

Sifat peribadi Seok Gu yang cepat marah dan suka mengamuk membuatkan semuanya menjadi sukar.

Pada masa sama, Ji Hyeon jatuh cinta dengan Sung Yeol. Namun, sikap baik dan sabar Ji Hyeon membuatkan Seok Gu akhirnya melamar dia menjadi isteri.

Sehari selepas hari perkahwina­n, Ji Hyeon mendapati Seok Gu meninggal dunia. Dia kemudian menghubung­i Sung Yeol.

Sung Yeol menyuruh Ji Hyeon tenang dan berlakon seolah-olah Seok Gu masih hidup. Tetapi, pembantu peribadi Seok Gu curiga dengan perubahan sikap Ji Hyeon.

Ji Hyeon ditangkap polis dan dia mendedahka­n semua rancangan diatur Sung Yeol. Ruparupany­a, Sung Yeol hanya memperguna­kan Ji Hyeon untuk mewarisi 100 peratus harta berkenaan.

Ji Hyeon dibebaskan sementara dari penjara untuk menghadiri upacara pengebumia­n Seok Gu. Dia mengambil kesempatan itu untuk mencari bukti bahawa dia tidak bersalah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia