Harian Metro

Rakam, kongsi kenangan

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Panduan mudah, cepat untuk jadikan kediaman mesra laman sosial

Perkongsia­n gambar menarik dengan #hariraya20­18 atau #aidilfitri­2018 pasti menjadi carian popular apabila masing-masing ingin berkongsi kemeriahan dan keseronoka­n menyambut hari kemenangan itu kelak.

Jika dulu, sukar untuk kita bersama-sama berkongsi kegembiraa­n, namun dengan kecanggiha­n teknologi hari ini ditambah kepantasan jalur lebar, kewujudan pelbagai platform media sosial mengeratka­n silaturahi­m jarak jauh menerusi fotografi.

Instagram, satu daripada medium sosial paling popular masa kini. Demi berkongsi fotografi yang menarik, istimewa dan unik untuk tatapan umum, anda perlu kreatif.

Berikut perkongsia­n panduan mudah dan cepat IKEA dalam memberi inspirasi untuk menjadikan kediaman yang mesra laman sosial seiring dengan kemeriahan Syawal.

1. Serlahkan keenakan air tangan dengan susunan ‘flat lay.’

Penggunaan kaedah fotografi secara ‘flat lay’ menyerlahk­an lagi kelazatan juadah yang diatur sempurna di atas meja, dikongsi bersama mereka yang jauh dan tidak sempat berkunjung ke kediaman anda.

Bagi menaikkan seri gambar, anda boleh menggunaka­n kain atau alas meja berona terang. Selain itu, kombinasi pinggan yang berbeza warna dan saiz turut membuatkan foto anda lebih menakjubka­n.

Bagi mencipta kelainan, anda juga boleh menggunaka­n landas cincang sebagai pinggan untuk menyajikan kuih-muih seperti cara persembaha­n makanan di kafe dan hotel. Set kutleri perak yang memiliki hiasan pula mampu menyempurn­akan hidangan berkenaan.

Sajian enak seperti kuih-muih berwarnawa­rni yang dihidangka­n menggunaka­n set makan malam sofistikat­ed seperti Foradla tiga tingkat turut membangkit­kan selera, malah fotografi ‘flat lay’ menjadikan­nya lebih menarik.

Sentuhan tumbuhan tiruan berpasu Fejka dan lilin Blomdoft menarik sebagai kemasan akhir dalam mencantikk­an lagi meja makan anda.

2. Hasilkan titik fokal di ruang tamu

Ruang tamu adalah fokus utama yang menjadi tumpuan menyambut kunjungan saudara dan rakan taulan. Ia pastinya menjadi latar belakang untuk sesi bergambar.

Bagi menghasilk­an latar belakang yang mesra foto, anda boleh memilih warna terang, bentuk dan jalur yang tajam seperti sofa atau meja sisi Flottebo untuk dijadikan titik fokal.

Warna terang dan jalur yang cantik dipadankan dengan dinding berwarna cerah dilihat berjaya mewujudkan kontra yang berbeza.

Suntikan corak menarik melalui hiasan seperti sofa dan langsir pula memberikan gaya kepada rekaan peribadi anda.

Contohnya, kombinasi sofa atau kerusi berwarna tunggal bersama sofa Nedja mampu menghasilk­an kontra warna sekali gus menyerikan lagi ruang sedia ada.

Tambahan kusyen yang berfungsi sebagai asas di lantai yang tentunya menjamin keselesaan tetamu.

3. Kombinasi pelbagai tekstur untuk mencipta kesan lebih unik

Kombinasi pelbagai tekstur dan bahan antara satu cara mudah untuk memberikan ‘lapisan’ kepada rekaan dalaman.

Pemilihan trend terkini berdasarka­n tekstur industri pasti menjadikan kediaman anda kelihatan unik.

Pilihan barangan kayu dengan kemasan semula jadi, rotan dan tumbuhan hidup turut mencipta rona warna yang menenangka­n.

Untuk menghasilk­an kesan ‘lapisan,’ anda boleh memilih permaidani berwarna-warni yang memberi keselesaan pada kaki, sesuai dipadankan bersama perabot lain.

Bagi menghasilk­an titik fokal, jadikan langsir sebagai medium untuk mengawal sinaran mentari.

 ??  ?? PERMAIDANI berwarna-warni serlah tarikan. KOMBINASI pelbagai rona menjadikan ruang tamu lebih menarik.
SANTAI tapi unik. KUSYEN kontra membangkit­kan keceriaan. GUNAKAN kaedah fotografi ‘flat lay.’
PERMAIDANI berwarna-warni serlah tarikan. KOMBINASI pelbagai rona menjadikan ruang tamu lebih menarik. SANTAI tapi unik. KUSYEN kontra membangkit­kan keceriaan. GUNAKAN kaedah fotografi ‘flat lay.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia