Harian Metro

Keistimewa­an teratai

-

Bunga memiliki daun berbentuk oval ada khasiat dari sudut kesihatan

Flora akuatik daripada keluarga Nymphaeace­ae berasal dari Asia biasanya tumbuh di atas air yang tenang seperti kolam, sungai dan bekas lombong.

Mekar kembang di atas permukaan air, bunga teratai memiliki daun berbentuk oval dikatakan mempunyai lebih lebih 50 spesies seluruh dunia.

Memiliki ukuran diameter bunga antara lima hingga 10 sentimeter, bunga teratai mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti putih, putih kekuningan, ungu, ungu lembut, biru, merah jambu dan merah muda.

Antara spesies bunga teratai yang popular, Nymphaea caerulea berwarna biru keunguan juga dipanggil lotus Mesir biru, Nymphaea gigantea violacea berwarna putih campuran ungu, Nymphaea jamesonian­a berwarna putih kekuningan dan Nympaea pubescens berwarna merah jambu.

Menjadi bunga rasmi bagi India, Mesir dan Vietnam, teratai mempunyai khasiat tersendiri terutama kesihatan termasuk mengubati batuk berdarah, panas dalam badan, mengurangk­an insomnia, menormalka­n tekanan darah, menghilang­kan tekanan dan memelihara kesihatan mata.

Berasal dari Mesir berikutan peninggala­n kuno di makam Ramses II, dipercayai teratai digunakan dalam upacara tradisiona­l masyarakat Mesir kuno.

Merebak ke wilayah Yunani dan digunakan sebagai persembaha­n bagi Nymphs (nama wanita cantik), akhirnya teratai mendapat nama jolokan Nymphae dalam bahasa latin.

Uniknya, teratai akan timbul di permukaan air dan kembang mekar pada waktu pagi. Menjelang petang, bunganya kembali kuncup dan tenggelam ke dalam air.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DIAMETER bunga teratai antara lima hingga 10 sentimeter. Kembang mekar
waktu pagi, kuncup menjelang
petang
DIAMETER bunga teratai antara lima hingga 10 sentimeter. Kembang mekar waktu pagi, kuncup menjelang petang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia