Harian Metro

Kemewahan dekorasi Timur Tengah

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Mewah, eksklusif dan elegan antara identiti yang menggambar­kan seni tata hias kediaman dalam kehidupan kebanyakan masyarakat di Asia

Barat, namun masih mengekalka­n elemen keselesaan.

Sinonim dengan rona yang tenang tapi menyerlahk­an kemewahan seperti merah, kuning keemasan, hijau, coklat ataupun biru gelap, menjadi resipi gabungan gaya hiasan dalaman bersifat vintaj serta moden.

Tidak keterlalua­n jika dikatakan percikan warna keemasan dalam ruang kediaman sama ada pilihan langsir, sofa mahupun aksesori lain seperti pasu dan set teko, menjadi satu kemestian bagi masyarakat ini.

Suntikan corak geometri seakan-akan satu kemestian bagi seni dekorasi Timur Tengah, elemen lorekan ini turut diterjemah­kan daripada reka bentuk struktur hingga kepada fabrik dan hasil seni.

Pilihan permaidani selesa yang pelbagai warna kontra turut menghiasi lantai kerana bersantai di atas lantai antara budaya popular dalam kalangan masyarakat Timur Tengah, bahkan seluruh dunia Islam.

Permaidani berwarnawa­rni bercorak geometri menarik selalunya dipadankan bersama susunan kusyen kecil bersulam menjadi tumpuan tetamu di tengah-tengah ruang untuk bersantai.

Apabila permaidani menjadi titik fokus utama, pilihan sofa dan hiasan dinding selalunya bersifat ringkas sekali gus menyerlahk­an tarikan di ruang berkenaan.

Kebanyakan kediaman masyarakat Timur Tengah mempunyai jendela bersaiz besar yang disempurna­kan dengan gantungan langsir besar menggunaka­n rona tipikal seperti merah dan keemasan.

Langsir fabrik ini bukan hanya berfungsi sebagai tabir sinar mentari, bahkan ada yang lebih kreatif dengan menjadikan ia kanopi siling di ruang tamu.

Idea ini bukan saja membuatkan suasana lebih indah malah ia mencipta ilusi mencermink­an ruang yang luas.

Seperti negara lain, wilayah Timur Tengah juga kaya dengan budaya dan tradisi tersendiri.

Oleh itu, seni reka dalaman dicetuskan membawa bersama sisi vintaj dan moden seiring seperti kombinasi set meja tradisiona­l disuai padan dengan lukisan moden.

Menyentuh perhiasan dinding, masyarakat Timur Tengah turut memasukkan elemen Islam seperti tulisan khat, potongan ayat al-Quran, gambar Kaabah, jam azan dan arah kiblat dalam bentuk hiasan fabrik serta ukiran kayu.

Lampu hiasan antara aksesori hiasan popular, lihat saja keunikan rekaan dan variasi kacanya yang berwarna sudah cukup menaikkan seri ruang.

Selalunya, lampu hiasan itu pelbagai saiz dan warna seperti biru firus, hijau, kuning dan merah malap pula dijadikan hiasan dekorasi di bahagian anjung depan membuatkan kediaman lebih mengalualu­kan kunjungan tetamu.

 ??  ?? 1. SELIT elemen Islamik dalam dekorasi.
2. KOMBINASI warna terang.
3. SERLAH kemewahan.
4. WARNA merah dan kuning keemasan yang sinonim dengan Timur Tengah.
5. SUNTIKAN corak geometri menjadi satu kemestian.
1. SELIT elemen Islamik dalam dekorasi. 2. KOMBINASI warna terang. 3. SERLAH kemewahan. 4. WARNA merah dan kuning keemasan yang sinonim dengan Timur Tengah. 5. SUNTIKAN corak geometri menjadi satu kemestian.
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia