Harian Metro

Bawa 1,001 makna

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Pakaian sedondon sinonim dengan musim perayaan. Baik busana ibu dengan anak perempuan atau busana ayah dengan anak terunanya, masingmasi­ng kelihatan manis dan segak bergaya dengan tema warna serta rekaan senada.

Bukan saja dengan anak, pasangan suami isteri juga tidak ketinggala­n tampil menawan dengan koleksi busana sedondon yang dapat menambah kemanisan di Aidilfitri.

Memakai busana sedondon bukan saja untuk menampilka­n gaya semata-mata malah ia membawa 1,001 makna tersendiri buat pemakai yang tentunya lebih bersemanga­t tatkala menyarung busana sedondon dengan yang tersayang.

Berusaha memberi pilihan menjelang Aidilfitri, Caryazara menampilka­n rangkaian koleksi khas sempena lebaran termasuk koleksi sedondon lelaki dan wanita.

Diasaskan dua sahabat karib, Naimey Jalil dan

Nik Zalina Nik Abdullah, lapan koleksi lebaran itu dihasilkan dengan rekaan elegan bagi menyerlahk­an lagi gaya pada Aidilfitri.

Menurut Naimey, kelainan ditonjolka­n pihaknya adalah menawarkan pelbagai koleksi baju wanita yang boleh dipadankan dengan koleksi baju Melayu ‘Al Hafez’.

“Antara koleksi baju wanita adalah Prada Avante, Prada Aulia, Rafunzel Lacey, Sofya Pleated, Fleur Lacey, Irdina Lacey dan Idora Ruffle. Semua koleksi ini adalah baju mini kurung yang dihasilkan dengan rekaan terkini selain mempunyai perincian renda.

“Sejak 2013 hingga kini kami masih mengekalka­n

8 koleksi lebaran dihasilkan dengan rekaan elegan bagi menyerlahk­an gaya hari mulia

konsep perincian renda kerana ia adalah kekuatan kami. Untuk koleksi lebaran tahun ini kami menambah pilihan dengan mengeluark­an koleksi baju Melayu yang boleh dipadankan dengan rona sesuai pada mana-mana koleksi busana wanita kami,” katanya.

Menurutnya, setiap koleksi busana wanita didatangka­n dalam empat atau lima pilihan warna manakala bagi baju Melayu pula mempunyai lapan pilihan rona mengikut kesukaan masing-masing.

“Semua koleksi ini ditawarkan pada harga bermula RM189 hingga RM209 bagi baju Melayu manakala untuk busana wanita bermula RM209 hingga RM259. Lebih menarik kerana kami turut mengeluark­an koleksi khas lebaran untuk kanak-kanak yang dijual pada harga bermula RM119 hingga RM149.

“Wanita terutama ibu tidak lagi perlu bersusah payah mencari busana sedondon di pelbagai tempat kerana kami menawarkan semua pilihan busana di bawah satu bumbung dengan rekaan terkini dan harga berpatutan,” ujarnya.

 ??  ?? CANTIK dengan rekaan busana
terkini.
CANTIK dengan rekaan busana terkini.
 ??  ?? MANIS sedondon suami dan isteri pada pagi raya.
MANIS sedondon suami dan isteri pada pagi raya.
 ??  ?? MEMAKAI busana sedondon memberi lebih makna menjelang lebaran.
MEMAKAI busana sedondon memberi lebih makna menjelang lebaran.
 ??  ?? BAJU Melayu terkini yang didatangka­n dalam lapan pilihan warna.
BAJU Melayu terkini yang didatangka­n dalam lapan pilihan warna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia