Harian Metro

Gaya senada ibu, anak

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Hampir kebanyakan anak perempuan menjadikan ibu sebagai idola, bermula daripada personalit­i diri, gaya solekan juga busana, semuanya mahu kelihatan sama dengan ibu.

Seawal usia dua tahun, apa saja digayakan ibu akan dilihat si kecil sebelum cuba untuk diikuti. Atas faktor itu juga ada di antara anak bertindak menconteng wajah menggunaka­n alat kosmetik ibu. Ada juga ada yang cuba menyarung busana si ibu demi memastikan mereka kelihatan sama seperti insan tersayang.

Berusaha memberi gaya sedondon buat ibu juga anak perempuan, Casalwa Boutique tampil dengan koleksi lebaran terbarunya iaitu baju kurung Madelline, Aurora dan Tihanni. Kalau mahu gaya berbeza, boleh meninjau koleksi kebaya labuh yang menarik dan ada keistimewa­an tersendiri.

Menurut pengasasny­a Datin Sharifah Salwa Syed Shafie, semua koleksi terbaru itu didatangka­n dalam pilihan saiz dewasa juga kanak-kanak seawal usia dua tahun.

“Lebaran sinonim dengan gaya yang manis juga selesa untuk kanak-kanak. Jadi kami menggunaka­n konsep itu yang digabungka­n dengan konsep moden bagi memberi kelainan buat si pemakai.

“Fabrik yang digunakan pula adalah ‘satin pleated crepe’ dan ‘jacquard glitter’ yang memberikan gaya ekslusif, moden dan mewah apabila digayakan. Jangan risau kerana fabrik ini juga sesuai untuk kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, jenis fabrik dipilih selesa, tidak panas dan tidak melekat pada tubuh. Selain itu, potongan busana juga sesuai untuk semua lapisan usia juga memberi kesan langsing ketika dipakai untuk rekaan dewasa.

“Semua koleksi terbaru ini adalah rekaan kurung moden selain satu kebaya labuh. Ada koleksi yang turut dihiasi bunga tiga dimensi bagi menambah seri pemakai dan ada juga yang mempunyai lengan rekaan trompet bagi memberi keselesaan serta memudahkan ketika mengambil wuduk.

“Semua koleksi mempunyai padanan koleksi yang sama untuk saiz kanakkanak bagi membantu golongan ibu yang ingin tampil sedondon dengan si kecil tersayang,” ujarnya.

Tambahnya, bagi pilihan warna, pihaknya menawarkan rona ceria juga lembut, sesuai dengan suasana Aidilfitri yang penuh keceriaan dan kegembiraa­n.

“Bagi mereka yang tidak dapat membuat pembelian secara dalam talian disebabkan lebaran yang semakin hampir, boleh datang terus ke butik kami bagi merasai kemeriahan melakukan persiapan di saat akhir.

“Selain koleksi lebaran, kami turut menawarkan pelbagai koleksi lain khusus untuk seisi keluarga,” katanya.

Tawar rona

ceria dan lembut, sesuai suasana

Aidilfitri Semua koleksi mempunyai padanan yang sama untuk saiz kanak-kanak supaya tampil sedondon dengan si kecil tersayang

 ??  ?? KOLEKSI lebaran untuk kanak-kanak.
KOLEKSI lebaran untuk kanak-kanak.
 ??  ?? CANTIK dan manis bergaya si ibu dan anak.
CANTIK dan manis bergaya si ibu dan anak.
 ??  ?? MANIS dengan koleksi kurung moden.
MANIS dengan koleksi kurung moden.
 ??  ?? SESUAI untuk pelbagai lapisan usia.
SESUAI untuk pelbagai lapisan usia.
 ??  ?? ANGGUN bergaya padanan baju ibu dan anak.
ANGGUN bergaya padanan baju ibu dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia