Harian Metro

Tahan tujuh ‘pengangkut’ motosikal curi

-

Bau: Kegiatan licik sekumpulan lelaki yang menjadi ‘pengangkut’ motosikal curi untuk diseludup ke Indonesia, terbongkar dengan penahanan tujuh lelaki di Padang Pan, di sini, kelmarin.

Seorang lelaki tempatan dan enam warga Indonesia berusia 13 hingga 37 tahun itu ditahan jam

1.30 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-11 Kuching, hasil risikan sejak beberapa hari lalu.

Kumpulan itu didalangi seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun manakala enam lagi lelaki Indonesia berperanan sebagai ‘pengangkut’ motosikal curi.

Komander PGA

Briged Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan itu polis merampas enam motosikal Honda yang dianggarka­n bernilai RM15,000.

Katanya, hasil semakan mendapati semua motosikal yang dirampas dilaporkan hilang di Kuching sejak beberapa bulan lalu.

“Suspek menyasarka­n motosikal di Kuching sebelum diseludup ke Indonesia dipercayai untuk dijual kepada rakyat negara jiran dengan harga lebih rendah tertakluk pada model.

“Motosikal yang dicuri akan dibawa suspek menggunaka­n lorong tikus yang sebelum ini menjadi laluan aktiviti pembalakan yang sudah tidak digunakan lagi,” katanya di sini, semalam.

Kok Chin berkata, pemeriksaa­n lanjut menemui peralatan mencuri motosikal daripada lelaki tempatan yang ditahan.

Katanya, dua nombor casis motosikal yang dirampas juga sudah diusik dipercayai untuk mengabui mata pihak berkuasa.

“Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang ditemui telentang dengan perut berlubang di sebuah ladang sawit di Batu Niah.
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang ditemui telentang dengan perut berlubang di sebuah ladang sawit di Batu Niah.
 ??  ??
 ??  ?? MOTOSIKAL curi untuk diseludup ke Indonesia dirampas polis daripada suspek di Padang Pan.
MOTOSIKAL curi untuk diseludup ke Indonesia dirampas polis daripada suspek di Padang Pan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia