Harian Metro

19 BARANG TERKAWAL

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

 KPDNKK beri jaminan bahan mentah cukup hadapi Aidilfitri

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sabah, memberi jaminan bekalan bahan mentah mencukupi bagi menghadapi permintaan sempena musim perayaan Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi.

Selain itu, harga bagi 19 jenis barangan terkawal juga sudah dikuatkuas­akan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 bagi memastikan ianya dijual pada harga berpatutan.

Pembantu Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Uda Sulai berkata, skim berkenaan bermula dari 8 Jun sehingga 22 Jun ini dan dilaksanak­an mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Katanya, setakat ini tiada laporan pembelian ‘panik’ atau kekurangan bekalan diterima oleh KPDNKK di seluruh negeri Sabah.

“Antara barangan yang tersenarai mengikut skim kawalan harga ini adalah ayam hidup, ayam super, telur ayam, daging lembu, cili merah, bawang-bawang, ubi kentang dan beberapa jenis ikan.

“Penentuan harga maksimum dibuat di peringkat pengeluara­n, borong dan runcit mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi memastikan harga jualannya berpatutan,” katanya pada sidang media pada majlis Pelancaran Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasaraya Giant, Putatan, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah KPDNKK Sabah, Yahya Sulaiman dan timbalanny­a V Ravichandr­an serta pengurus Giant Putatan, Ibnu Hassan.

Menurutnya, KPDNKK juga akan memastikan barangan keperluan sentiasa ada bagi mengelak faktor kekurangan bekalan yang boleh menyumbang kepada harga barangan melambung tinggi di pasaran.

Katanya, ia sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mengurangk­an bebanan kos sara hidup rakyat dengan menyekat peningkata­n harga barang yang melampau.

“Pengguna juga mesti mengetahui tanggungja­wab dan hak mereka dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya wujud peniaga yang tidak mematuhi undang-undang dengan menaikkan harga sesuka hati.

“Selain itu, golongan peniaga pula digesa supaya menuruti harga yang ditentukan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan lain,” katanya.

Uda berkata, sekiranya ingkar, peniaga boleh dikenakan tindakan yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali serta kompaun sehingga RM50,000.

 ??  ?? UDA ketika hadir di Majlis Pelancaran Harga Maksimum Barangan
Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 di Pasaraya Giant, Putatan.
UDA ketika hadir di Majlis Pelancaran Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 di Pasaraya Giant, Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia