Harian Metro

LIBAS JIRAN

- Rafiqah Dahali cnews@nstp@hmetro.com.my

Lelaki cedera kena parang selepas ditegur pandu laju

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis pagi semalam di kediamanny­a di Kampung Sungai Padang di sini, kerana mencederak­an seorang lelaki berusia 30 tahun dengan parang.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superitend­an Ladamah Sulaiman berkata, punca kejadian jam 10 pagi itu, berlaku apabila mangsa menegur suspek juga jirannya hingga menyebabka­n pertengkar­an.

“Menurut laporan dari isteri mangsa jam 2.30 petang kelmarin, kejadian itu terjadi apabila mangsa menegur suspek yang suka memandu laju di sekitar kawasan kediaman mereka di Kampung Sungai Padang dan khuatir mendatangk­an bahaya kepada kanak-kanak sekitar kawasan terbabit. “Berang dengan teguran itu, suspek masuk ke dalam rumah mengambil parang dan mengejar mangsa sambil melibas parangnya berkali-kali hingga mendatangk­an kecederaan di lengan serta ibu jari tangan kiri hampir putus. “Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan susulan manakala suspek kini berada dalam reman polis dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di IPD Papar, di sini, semalam.

Ladamah berkata, pihak IPD Papar dimaklumka­n suspek dan mangsa berkenaan pernah bertengkar sebelum ini.

“Kami difahamkan sebelum ini mangsa dan suspek pernah bergaduh besar tetapi sudah diselesaik­an secara baik dan kemungkina­n suspek masih berdendam terhadap mangsa sehingga kejadian itu berlaku,” katanya.

 ??  ?? LADAMAH (dua kiri) menunjukka­n parang yang digunakan suspek dalam kejadian di Kampung Sungai Padang, Papar.
LADAMAH (dua kiri) menunjukka­n parang yang digunakan suspek dalam kejadian di Kampung Sungai Padang, Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia