Harian Metro

350 SAMAN DALAM 3 JAM

Polis tumpu enam kesalahan dalam Op Selamat 13 mula dilancarka­n semalam

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my Shah Alam

Sebanyak 350 saman dikeluarka­n dalam tempoh tiga jam oleh Polis Selangor dalam Op Selamat 13 sempena Aidilfitri dilancarka­n, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, pemeriksaa­n dibuat melalui Op Selamat yang dilancarka­n serentak di seluruh negara itu dimulakan pada jam 9 pagi sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, saman itu dikeluarka­n kepada pesalah trafik dengan sebilangan besar membabitka­n kesalahan melanggar lampu isyarat serta telefon bimbit ketika memandu.

“Pada Op Selamat 13 kali ini, kami akan memberi tumpuan penuh terhadap enam kesalahan utama

membabitka­n had laju, menggunaka­n laluan kecemasan, memotong garisan berkembar, memotong barisan trafik, melanggar lampu isyarat dan menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu.

“Kita juga akan menggunaka­n konsep penguatkua­saan penuh terhadap kesemua peruntukan undang-undang dan peraturan jalan raya yang sedia ada serta ia dikuatkuas­akan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Op Selamat (penguatkua­saan sepenuhnya) Sempena Perayaan Aidilfitri 2018 di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26, di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Selangor Asisten Komisioner Razimi Ahmad.

Selain Op Selamat 13, Azman berkata, Polis Selangor turut melancarka­n Op Lancar sempena Aidilfitri bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas di laluan-laluan utama untuk keluar dari Lembah Klang sama ada ke Utara, Selatan dan juga Pantai Timur.

Sementara itu, Razimi menasihatk­an orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau bercuti sepanjang sambutan Aidilfitri untuk sentiasa memastikan rumah dalam keadaan selamat sebelum ditinggalk­an.

“Sebelum tinggalkan rumah, pasti semuanya dikunci dengan rapi. Jika ada penggera atau kamera litar tertutup (CCTV), pastikan ia berfungsi dan juga diaktifkan.

“Pastikan jika ada kereta atau motosikal yang ditinggalk­an di rumah, ia disimpan di tempat yang selamat, dalam kawasan berpagar dan juga sentiasa pastikan ia berkunci.

“Kami juga minta agar mereka yang mahu pulang ke kampung untuk mengisi borang balik kampung dan hantarkan ke balai polis berhampira­n untuk tujuan pemantauan ketika mereka tiada di rumah.

Beliau turut menasihatk­an penduduk yang membuat langganan surat khabar, susu, roti dan lain-lain untuk menghentik­an sementara penghantar­an sepanjang tempoh mereka tiada di rumah.

 ??  ?? AZMAN (dua dari kiri) memeriksa lesen penunggang motosikal ketika Op Selamat di Selangor di Taman Bukit Saga Seksyen 26, Shah Alam, semalam.
AZMAN (dua dari kiri) memeriksa lesen penunggang motosikal ketika Op Selamat di Selangor di Taman Bukit Saga Seksyen 26, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia