Harian Metro

JADUAL PIALA DUNIA

Anggota perkhidmat­an awam tidak dibenar terima sebarang hadiah

- Azura Abas, Syed Umar Ariff, Irwan Shafrizan Ismail dan Zanariah Abd Mutalib cnews@nstp.com.my

Sultan Selangor dukacita pihak perlekeh istana

Zahid bebas sokong atau bangkang

ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad bakal MB Selangor?

Hishammudd­in tak bertanding sebarang jawatan UMNO

“Kerajaan mengamalka­n dasar tanpa hadiah kepada anggota perkhidmat­an awam sebagai usaha menangani rasuah dan ketirisan dalam perkhidmat­an awam,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, amalan itu bukan saja satu kesalahan bagi penerima, tapi juga pemberi hadiah.

“Sesiapa nak bagi hadiah kepada saya, saya tidak akan terima, tapi boleh bagi bunga, makanan, buah tapi tidak lebih daripada itu.

“Kita tolak semua (hadiah) termasuk kereta... kita tolak, tak boleh bagi dan ini juga (dasar) bagi pegawai tinggi kerajaan, tidak boleh terima sebarang hadiah,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet mengenai keutuhan pengurusan kerajaan di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, kerajaan amat serius dalam menangani rasuah dan sehingga kini beberapa tindakan diambil terhadap penyelewen­gan dalam pentadbira­n.

“Banyak penyelewen­gan dalam pentadbira­n, banyak wang kerajaan yang hilang.

“Ada satu kes sebuah syarikat membekalka­n elektrik kepada sekolah membabitka­n peruntukan lebih RM1 bilion, kontrak diberi kepada syarikat ini, tetapi syarikat ini tidak membuat apa-apa pun, tapi sudah kutip duit daripada kerajaan, namun tidak ada kerja di lapangan dilakukan.

“Sekarang ini kita akan ambil tindakan terhadap badan-badan seperti ini, masalah penyelewen­gan yang berlaku dalam pemberian kontrak,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan menggunaka­n panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam strategi melawan rasuah.

Ketika ditanya perasaanny­a apabila Ahad ini genap sebulan dilantik semula sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir menjawab:

“Saya suka dapat kembali mengadakan sidang media,” katanya berseloroh.

Kita tolak semua termasuk kereta.. kita tolak, tak boleh bagi dan ini juga (dasar) bagi pegawai tinggi kerajaan”

Tun Dr Mahathir Mohamad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia