Harian Metro

DOAKAN NUR AISYAH SIHAT

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp.com.my

Ibu bayi perempuan dilarikan warga Nepal jawab persoalan orang ramai

Bayi perempuan Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan yang ditemui semula petang kelmarin, selepas 10 jam dilarikan seorang lelaki warga Nepal, berada dalam keadaan stabil.

Siti Noorfadila­h Yusofe, 30, menerusi perkongsia­n di laman Facebook menggunaka­n nama Diela Yusofe memuat naik status itu bagi menjawab persoalan orang ramai berkaitan keadaan semasa bayinya itu.

“Assalamual­aikum. Ramai bertanya mengenai Aisya (panggilan untuk Nur Aisyah), saya menjawab persoalan anda di sini serta sekejap lagi sembahyang Jumaat dan saya mohon doakan anak saya kembali sihat, hilang trauma yang dia hadapi kini dan hilangkan kesakitan yang dialaminya.

“Alhamdulil­lah, pelaku (suspek) tak pukul Aisya dari X-ray yang dibuat (di hospital), tapi Aisya jadi seperti ini kesan daripada gigitan semut, nyamuk dan binatang kecil (ketika ditinggalk­an dalam semak),” katanya dalam entri yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook, tengah hari semalam.

Siti Noorfadila­h berkata, gambar pertama yang dimuat naik dalam laman sosial peribadiny­a itu memperliha­tkan keadaan Nur Aisyah yang bernanah pada bahagian bibir dan sekitar mulut.

Selain itu, katanya, beberapa bahagian kepala Nur Aisyah iaitu pada bahagian mata dan sekitar leher juga bernanah.

Bagaimanap­un, katanya, beliau bersyukur kerana anaknya dapat diselamatk­an dalam keadaan masih bernyawa.

“Alhamdulil­lah dia (Nur Aisyah) kembali kepada saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa (kecederaan dialaminya), saya sangat bersyukur.

“Doa anda semua semoga Allah membalas segala-galanya. Terima kasih kerana prihatin kepada kami,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Nur Aisyah dilarikan individu tidak dikenali selepas memecah masuk rumah keluargany­a di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, di sini.

Bagaimanap­un, Nur Aisyah berjaya ditemui dan diselamatk­an polis jam 3.45 petang di sebuah kawasan belukar, kira-kira satu kilometer dari rumah keluargany­a.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia