Harian Metro

MEMORI KASUT BERZIP

- Balik Pulau Hadzlihady Hassan hadzlihady.nstp.com.my

Dia hanya mahu sepasang baju Melayu, beg dan kasut berzip untuk Aidilfitri. Tetapi semua permintaan itu hanya tinggal kenangan buat keluarga apabila Muhammad Sabirin Mohd Khasim, 6, maut dilanggar lori ketika melintas jalan di Flet Taman Sahabat, Lorong Gertak Sanggul 1, Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, kanak-kanak itu cedera parah di kepala serta kaki dan meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau, lapor Hadzlihady Hassan

“Sepatutnya hari ini (semalam) saya dan isteri belikan baju raya untuknya tetapi tidak sempat kerana dia sudah pergi buat selama-lamanya,” kata Mohd Khasim Mat Jusoh, 28, bapa kepada Muhammad Sabirin, 6, yang maut dirempuh lori ketika melintas jalan di flat Taman Sahabat, Lorong Gertak Sanggul 1, Teluk Kumbar di sini, kelmarin.

Menurutnya, anak sulung daripada tiga beradik itu ada meminta dia membelikan sepasang baju Melayu, beg dan kasut berzip untuk dipakai pada hari raya nanti.

“Arwah minta semua kelengkapa­n itu pagi semalam (kelmarin) dan saya serta isteri sudah berjanji mahu membelikan­nya hari ini (semalam).

“Apakan daya dia sudah tiada dan kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya,” katanya.

Menceritak­an kembali kejadian itu, Mohd Khasim berkata, dia diberitahu jiran mengatakan anaknya itu ditimpa kemalangan

“Ketika itu saya baru selesai solat Isyak dan

Bapa terkilan tak dapat tunai permintaan anak sulung maut nahas

terkejut apabila mendapat tahu kemalangan menimpa anak sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian saya lihat abang ipar sudah memangkuny­a dan saya hanya mampu terdiam apabila melihat keadaannya itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa dikatakan melintas jalan seorang diri di kawasan perumahan berkenaan sebelum dirempuh lori membawa muatan ikan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A Anbalagan berkata, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sedang melintas jalan dari simpang kiri kawasan perumahan berkenaan sebelum dirempuh lori itu.

“Hasil pemeriksaa­n di tempat kejadian mendapati jalan berkenaan adalah laluan dua hala dan tiada tembok penghadang serta garisan melintas,” katanya.

Jenazah Muhammad Sabirin selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Maqbul Teluk Kumbar pada jam 10.30 pagi semalam.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Sabirin yang tidak bergerak dipangku ahli keluarga di tempat kejadian untuk dibawa ke hospital. MUHAMMAD Sabirin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau.
MUHAMMAD Sabirin yang tidak bergerak dipangku ahli keluarga di tempat kejadian untuk dibawa ke hospital. MUHAMMAD Sabirin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia