Harian Metro

‘TIDAK SEMBUNYI APA-APA’ - KP KASTAM

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim am@hmetro.com.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertegas tidak akan menyembuny­ikan sebarang perkara berkaitan kes pegawainya, Anisah Ali yang maut ketika terbabit dalam operasi mencegah penyeludup­an rokok di Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan, dua tahun lalu.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata, ketegasan itu turut dinyatakan kepada Komisioner Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Datuk Lok Yim Pheng dalam pertemuan antara mereka, semalam.

Hadir sama dalam pertemuan yang diadakan untuk merungkai kelewatan penyelesai­an kes Anisah itu ialah suami arwah yang juga pegawai JKDM Kelantan, Mohd Baharudin Hamid.

“Saya baru habis (perjumpaan) dengan SUHAKAM. Buat masa ini saya tidak mahu mengeluark­an apa-apa kenyataan hingga siasatan selesai.

“Namun, saya tegaskan kastam tiada apa-apa yang hendak disembunyi­kan. Tetapi, terpulang kepada mereka (SUHAKAM), awak boleh tanya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Subromania­m berkata, pertemuan hampir dua jam yang berakhir kira-kira jam 4.30 petang semalam membabitka­n beliau yang mewakili JKDM, SUHAKAM dan Mohd Baharudin sebagai wakil keluarga mangsa, arwah Anisah.

Ditanya mengenai dakwaan menyatakan terdapat ugutan yang diteripada rima Mohd Baharudin daripada pihak atasan JKDM supaya berdiam diri atau berdepan masalah dalam karier termasuk kehilangan pencen, beliau menegaskan tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara itu.

“Siapa yang ugut dia (Mohd Baharudin), kenapa dia tak beritahu saya sekiranya ada maklumat itu? Sebab itu saya juga beritahu SUHAKAM, kalau ada maklumat beritahu.

“Saya tak kira pangkat apa (pegawai kastam yang membuat ugutan terhadap Mohd Baharudin), tetap saya ambil tindakan. Dia boleh datang jumpa saya lagi bila-bila masa, tiada masalah pun,” katanya.

Harian Metro difahamkan, Mohd Baharudin akan bersara wajib pada 14 Julai nanti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN kematian Anisah yang kembali didedahkan Harian Metro bermula Rabu lalu.
LAPORAN kematian Anisah yang kembali didedahkan Harian Metro bermula Rabu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia