Harian Metro

Tindakan cepat selamat 120 pesakit

-

Tindakan pantas Unit Kebakaran dan Keselamata­n (UKK) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, mengawal kebakaran berjaya menyelamat­kan 120 pesakit daripada terperangk­ap.

Dalam kejadian jam 4.55 petang kelmarin, aras tiga hospital itu disedari terbakar dengan api dipercayai bermula daripada bilik bekalan tenaga tambahan kedua yang terletak bersebelah­an wad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azlimin Mat Noor berkata, pegawai dan anggota UKK HSNZ menyedari kebakaran itu bertindak segera, sementara menanti ketibaan pasukannya.

Katanya, sebelum itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumka­n kejadian jam 4.57 petang dan sepasukan pegawai dan anggota dikerah ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota mendapati api dikawal dan tindakan pantas UKK mengelak api merebak ke wad di aras berkenaan yang menempatka­n 120 pesakit.

“Malah UKK membantu anggota JBPM mengawal kepulan asap tebal daripada bilik bekalan tenaga tambahan kedua itu daripada merebak ke dalam wad,” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat persiapan JBPM negeri menghadapi cuti perayaan di sini, semalam.

Turut hadir melakukan pemeriksaa­n peralatan dan kelengkapa­n digunakan JBPM negeri untuk kerja menyelamat adalah Ketua Balai Bomba Daerah Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar.

Azlimin berkata, tiada mangsa tercedera atau ter- jejas akibat kebakaran itu terutama pesakit dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Mengulas tahap siap siaga JBPM negeri sempena Aidilfitri ini, Azlimin berkata, pihaknya akan melakukan rondaan dua kali sehari terutama di jalan persekutua­n dan negeri, selain menempatka­n jentera di dua lokasi Hentian Rawat dan Rehat (R&R) di Perasing, Kemaman dan di Ajil, Kuala Berang.

Harian Metro, 1 Jun lalu, mendedahka­n berada perlunya sistem pencegahan kebakaran dan keselamata­n terurus dan mengikut piawaian ditetapkan bagi menjamin keselamata­n pengguna.

Laporan mendedahka­n ada berpuluh hospital kerajaan di seluruh negara berusia lebih 100 tahun dan kebanyakan­nya tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).

Mengikut statistik JBPM, terdapat 21 hospital kerajaan di seluruh negara tiada sijil FC pada 2017. Sehingga April 2018 pula, daripada 85 hospital kerajaan, 39 tidak

mempunyai FC.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 1 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro, 1 Jun lalu.
 ??  ?? AZLIMIN
AZLIMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia