Harian Metro

TIGA JAM DAH HABIS

-

Kuetiau kerang bazar Ramadan Simpang Empat

jadi rebutan pengunjung

Ramadan, bekalan kerang tidak pernah putus.

“Jika tidak saya perlu mencari alternatif lain menggoreng kuetiau bersama daging ataupun ayam namun saya bimbang ia akan menyebabka­n identiti perniagaan saya akan terganggu,” katanya yang tinggal di Taman Merpati, Jalan Tokai Simpang Empat dekat sini.

Selain kuetiau kerang, Siti Fatimah turut menjual air tebu yang ditanam sendiri oleh suaminya sebagai pendapatan sampingan.

Katanya, setiap hari sebanyak 100 bungkus tebu dijual dengan harga RM2 dan RM5 mengikut saiz.

Siti Fatimah adalah usahawan wanita yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca Cola (Coca Cola

KU).

“Saya sangat bersyukur terpilih menyertai program Coca-Cola KU, penampilan gerai saya juga bertambah menarik dengan adanya tajaan daripada Coca Cola Ku, malah orang ramai juga lebih mudah mengenali gerai saya yang berwarna merah dengan tulisan jenama minuman berkarbona­t terkenal,” katanya.

Menerusi program itu, Coca Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan wanita menjelang

2020.

Bagi penganjura­n di Malaysia,

5by20 ialah program Coca Cola

KU di mana usahawan tempatan diberi sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuha­n perniagaan yang sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia