Harian Metro

MANDI DARAH

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki tempatan ditemui terbaring bermandi darah selepas kedua-dua tangan dan kaki kirinya ditetak penjenayah berhampira­n terowong Lembah Subang Jalan PJU 1A/42, Kelana Jaya di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, mangsa berusia 28 tahun cedera di kedua-dua tangan dan paha kiri dipercayai ditetak menggunaka­n senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam yang menemui mangsa terbaring di lokasi kejadian sekitar jam 2.30 pagi.

“Lelaki itu ditemui berlumuran darah akibat kecederaan dialaminya.

“Ketika ditemui, mangsa masih bernafas dan dalam keadaan lemah kerana kehilangan banyak darah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Zani berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang ketika berada di dalam terowong berkenaan berikutan kesan darah mangsa terdapat di sepanjang laluan.

“Motosikal mangsa model Honda EX5 ditemui di hujung terowong arah bertentang­an.

“Mangsa dilaporkan dalam keadaan trauma dan tidak dapat bercakap. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca mangsa diserang,” katanya.

Zani meminta orang ramai mempunyai maklumat segera menghubung­i balai polis berhampira­n. “Mak, kenapa ada orang ambik baju adik.” Demikian luahan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Hafizi Hazman selepas baju raya yang dibeli ibu bapanya di sebuah pasar raya di Arau, Perlis diambil orang lain petang kelmarin.

Ibunya, Nurul Hidayu Yaidin, 26, yang memuat naik status ‘hilang baju raya’ di Facebook berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mencuba pakaian untuk anaknya sebelum menyedari bungkusan yang ditinggalk­an di atas rak, hilang.

Katanya, pakaian itu dibeli di sebuah pasar raya lain yang berdekatan sebelum singgah di situ membeli baju lain untuk dipakai pada Hari Raya nanti.

Penunggang motosikal parah ditetak dalam terowong

 ?? Mohd Zani Che Din ?? Mangsa dipercayai diserang ketika berada di dalam terowong berkenaan berikutan kesan darah mangsa di sepanjang laluan” MANGSA ditemui dalam keadaan
berlumuran darah selepas ditetak menggunaka­n senjata
tajam, awal pagi semalam.
Mohd Zani Che Din Mangsa dipercayai diserang ketika berada di dalam terowong berkenaan berikutan kesan darah mangsa di sepanjang laluan” MANGSA ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas ditetak menggunaka­n senjata tajam, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia