Harian Metro

AISYAH LAWAN TRAUMA

-

“Aisya kuat lawan sikit ye trauma tu...Insya-Allah Aisya akan cantik seperti dulu,” kata Siti Noorfadila­h Yusofe dalam entri yang dimuat naik dalam laman sosial miliknya semalam.

Siti Noorfadila­h, ibu kepada Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan yang dilarikan lelaki warga Nepal yang memecah masuk rumah keluargany­a di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di sini, berkata, anak bongsunya itu pasti menangis setiap kali bangun dari tidur.

“Setiap hari, bangun tidur Aisya (Nur Aisyah) mesti menangis...nak papa je. Bila tidur dia tetap nak peluk mama.

“Kalau dah menangis susah tau nak pujuk. Dia jadi manja sangat ni. Aisya kuat lawan sikit ye trauma tu. Insya-Allah Aisya cantik macam dulu,” katanya dalam laman sosial miliknya yang menggunaka­n nama Diela Yusofe.

Siti Noorfadila­h juga mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu keluargany­a ketika menghadapi berita kehilangan Nur Aisyah, awal pagi Khamis lalu.

“Sebelum lupa, bak ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu ketika Aisya hilang. Paling banyak beri sokongan moral ialah adik beradik dan sanak-saudara, moga dapat tolong hingga Aisya keluar...polis suruh berjaga-jaga dengan apa yang berlaku kerana motif sebenar kejadian masih belum tahu.

“Kepada rakyat Malaysia dan jika terlupa siapa lagi, terima kasih tak terhingga, risaukan Aisya dari hilang sampai sekarang. Saya tiada harta untuk dibagi kepada semua yang baik hati, tapi saya berdoa moga Allah balas jasa anda semua,” katanya.

Dalam kejadian jam 5 pagi Khamis lalu, seorang bayi perempuan berusia 17 bulan dilarikan individu tidak dikenali yang memecah masuk rumah keluargany­a.

Nur Aisyah berjaya ditemui dan diselamatk­an polis kira-kira jam 3.45 petang di kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluargany­a.

Penemuan itu susulan kejayaan polis menahan lelaki warga Nepal berusia 25 tahun bersama-sama telefon bimbit yang turut dilarikan di rumah kongsi di Kampung Bukit Treh dekat sini, jam 9 pagi pada hari sama.

Hasil daripada penahanan suspek dan soal siasat dilakukan membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan.

Bayi diculik asyik menangis mahukan ibu dan ayah

 ??  ?? NUR Aisyah dipujuk ayahnya di Wad Kanak-kanak Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
NUR Aisyah dipujuk ayahnya di Wad Kanak-kanak Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia