Harian Metro

‘Pertaruhan luar biasa banyak’

-

Kuala Lumpur: “Kebiasaann­ya jumlah pertaruhan (perlumbaan haram motosikal) lingkungan RM5,000 ke RM10,000 sahaja. Namun pertaruhan anjuran bengkel motosikal mencecah RM165,000 baru-baru ini amat luar biasa,” ujar Penasihat Eksekutif (Advisor) Kelab Motosikal 4Biker Mohamad Shukri Mat Hussin.

Menurutnya, dia pernah dimaklumka­n berhubung pertaruhan perlumbaan haram dianjurkan pengusaha bengkel sebelum ini.

“Jika perlumbaan biasa, peserta hanya perlu bayar RM50 untuk menyertai pertanding­an. Mereka berpeluang memenangi wang pertaruhan maksimum hingga RM10,000,” katanya semalam.

Mohamad Shukri berkata, bengkel adalah lokasi penunggang motosikal berkumpul sekali gus menjadikan peranan mereka sebagai penganjur perlumbaan lebih mudah memandangk­an pihaknya mengenali ‘kumpulan sasar’.

“Tindakan mereka menganjurk­an perlumbaan untuk penunggang motosikal adalah bagus sekiranya mereka menggunaka­n lokasi dan saluran sah. Namun dalam kes ini, tindakan mereka salah kerana menggunaka­n lebuh raya sebagai litar pecut.

“Perlumbaan itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain yang berada di lokasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu penganalis­is jenayah Kamal Affandi Hashim berpendapa­t peserta perlumbaan itu bukan sekadar mahu mendapatka­n keuntungan malah dilihat cuba menunjuk-nunjuk kemewahan.

Katanya, bukan semua objektif penganjura­n perlumbaan haram bermotifka­n habuan wang ringgit berikutan ada juga pertaruhan untuk memelihara maruah dan populariti bengkel motosikal diwakili.

“Sudah tentu ia (pertaruhan) akan disokong oleh peminat atau rakan mereka sendiri. Ia persis orang kaya tetapi pandir yang bertaruh di kasino. Kadangkala pertaruhan itu bukan untuk keseronoka­n atau keuntungan tetapi lebih kepada menunjuk-nunjuk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia