Harian Metro

DERITA DEPAN MATA

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

 Fara Fauzana sebak rasai pengalaman santuni pelarian Syria

Penyampai radio dan pengacara, Fara Fauzana, 38, mengakui kali ini dapat mengetahui kisah pelarian Syria dengan lebih mendalam selepas berpeluang mengadakan sesi di beberapa kem pelarian di sempadan Jordan dan Turki.

Fara yang juga Duta Misi Ramadan Al Habeeb 6.0 anjuran Malaysian Life Line For Syria melawat kem pelarian di sempadan Jordan dan Turki sejak 3 Jun hingga semalam.

“Saya berpeluang tidur dan bersahur di sebuah rumah didiami ibu tunggal yang memiliki sembilan anak berusia setahun setengah hingga 14 tahun.

“Aktiviti ini memberi kami peluang mengenali mereka, selain mendengar kisah mereka yang terpaksa berjalan kaki jarak beratus kilometer untuk menyelamat­kan diri,” katanya.

Selain itu, Fara sebak mendengar kisah seorang gadis melarikan diri pada usia 14 tahun bersama dua adiknya yang masih kecil tanpa kasut atau pelapik kaki merentasi sempadan.

“Saya sebak gadis itu bercerita bagaimana bapa dan adiknya yang keluar rumah mendapatka­n roti percuma diedarkan di sebuah lokasi di sana maut terkena bom,” katanya.

Selain menyantuni pelarian dengan menyampaik­an sumbangan dan bersahur serta berbuka puasa bersama, Fara mengambil peluang menghiburk­an pelarian terutama wanita dengan mengadakan sesi tutorial pemakaian tudung, urutan dan spa wajah.

Bekas pengacara Muzik-Muzik TV3 ini juga mengakui cabaran berpuasa lebih 17 jam dan melakukan kerja kebajikan seperti membantu mengangkat barangan sumbangan bukan mudah dan perlukan tahap kesabaran yang tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia