Harian Metro

‘SAYA ORANG BIASA DARI FAMILI BIASA’

-

Saya belajar Diploma Kejururawa­tan dan bekerja setahun sebagai jururawat peribadi kemudian saya buka Klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur di Puncak Alam bersama abang.

Selepas aktif politik, saya tinggalkan kerjaya itu sebab kena jadi Penyelaras Impian Kelantan dalam tempoh enam bulan.

Saya bekerja sekejap dengan Exco Selangor kemudian saya jadi Ahli Majlis (Perbandara­n Kajang) dua tahun dan hari ini sebagai wakil rakyat DUN Ketari.

Saya orang biasa saja dari keluarga biasa, ayah kakitangan kerajaan, emak suri rumah manakala adik beradik tujuh orang dan saya seorang saja perempuan dan agak lasak sedikit.

Saya sudah berkahwin hampir dua tahun dan belum ada anak. Suami berusia 31 tahun dan orang Temerloh dan disebabkan itu juga saya dihantar ke sini. Tiada apa yang (istimewa) sangat.

Itu bukan sebabnya. Saya dilihat daripada kerja yang sudah dibuat iaitu merit kerana sebelum ini saya Ahli Majlis Perbandara­n Kajang selama lebih dua tahun. Parti melihat prestasi saya sebagai ahli majlis seterusnya memberi peluang dan ruang kepada saya untuk naik lagi selangkah menjadi wakil rakyat penduduk di Ketari.

Alhamdulil­lah pada 9 Mei lalu saya dipilih oleh rakyat Ketari untuk menjadi wakil rakyat mereka. Jadi saya rasa isu tentang cantik semua ini adalah isu tambahan saja dan bonus kepada saya, tetapi apa yang perlu dinilai adalah kerja dilakukan dan apa yang ingin dibawa kepada penduduk Ketari.

Kalau tidak bersedia pun kena bersedia juga, jadi memang sudah bersedia untuk memastikan suara rakyat Ketari dibawa ke Dewan Undangan Negeri Pahang dan didengari dengan segala isu yang ada pada hari ini.

Jadi dalam tempoh sebelum kami bersidang ini saya sudah berjumpa dan pergi ke setiap kampung dan taman untuk mengenal pasti masalah besar yang perlu saya bawa ke sidang DUN nanti. Insya-Allah pada hari persidanga­n saya akan melakukan tanggungja­wab sebaiknya untuk memastikan suara rakyat Ketari didengari.

Sebelum ini memang betul ibu pada awalnya adalah ahli PAS dan abang orang UMNO, tetapi kini seluruh keluarga saya sudah menyertai Amanah. Saya seorang saja DAP, pada awalnya saya pilih parti ini kerana saya melihat DAP adalah satu parti ideologi mempunyai disiplin dan kesamarata­an tentang ekonomi.

Kita tidak mahu rakyat tertindas dan mendapat manfaat sebaiknya seperti orang lain juga antara sebab saya menyertai DAP kerana saya lihat apa yang dibawa DAP itu sama seperti yang saya mahukan ketika bergelar jururawat.

Saya melihat kerja sebagai jururawat ini membantu orang susah dan sakit.

Jadi pandangan saya tidak jauh lari daripada bidang kejururawa­tan ini dengan ahli politik di mana kita perlu membantu orang yang ditindas, susah, ditinggalk­an di belakang, kita perlu membawa mereka sama setaraf dengan orang lain sebab kita tidak mahu ada jurang yang terlalu besar iaitu miskin terlalu miskin dan kaya terlalu kaya.

Kita mahu rapatkan ekonomi dan sama rata biar semua ada hak tidak kira agama dan kaum mereka.

Saya rasa DAP juga parti berdisipli­n dan beri peluang kepada anak muda untuk menonjolka­n bakat gerak kerja ideanya dan saya kira ini parti yang sesuai dengan saya.

Sejujurnya DAP ini saya tidak mengenali sangat, tetapi selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan (ketika) Dyana Sofya (menjadi calon DAP), kawan saya mengajak untuk mengenali DAP dan dari situ saya tengok dan mengenali lebih dalam.

Selepas menyertai DAP saya dihantar ke sekolah demokrasi. Di sekolah itu orang yang baru atau belum menyertai parti boleh bersama untuk memahami sistem demokrasi, apa itu DAP sendiri.

Sebelum ini kita sebagai orang luar dimomokkan dengan parti Cina, chauvinis, perkauman dan sebagainya, tetapi apabila kita sendiri berada dalam keluarga ini dia sangat berbeza dengan apa yang dikatakan oleh orang luar.

Ya, betul adalah parti majoriti Cina, tetapi mereka amat meraikan orang seperti saya dan mereka memberi dan menjaga dengan baik, bekerjasam­a dan tidak ada beza antara pemimpin dengan akar umbi.

Kalau pemimpin, kita tidak perlu panggil Yang Berhormat dan hanya panggil saudara serta tidak perlu rasa segan dan malu. Mereka sangat rapat dan mesra, itu yang seronok dengan DAP apabila kita memilih untuk berjuang bersama mereka..

Saya tidak bersetuju kerana bagi saya macam saya cakap tadi kalau kita tidak buat kerja atau merit, tiada kelayakan setakat duduk saja tidak buat sesuatu yang bermanfaat untuk parti dan orang lain tidak guna juga.

Parti memilih dan memerlukan seseorang

serta bantu masyarakat di luar, jadi parti bukan sewenang-wenang memilih, saya yakin melakukan sesuatu yang baik selepas parti memberi peluang kepada saya untuk menonjolka­n bakat.

Awalnya saya dituduh sebagai kafir, murtad, pengkhiana­t Melayu, perempuan murahan dan jalang, semua saya kena. Pada mulanya saya terkesan sikit dan mula tanya kenapa mereka ini, kenapa orang Melayu sendiri cakap macam itu sedangkan mereka tidak kenal saya, tetapi boleh labelkan saya dengan perkara macam ini kemudian semakin hari saya sudah mula faham perkara negatif macam ini tidak perlu layan.

Kita hanya fokus benda positif bersama orang positif supaya mereka boleh beri semangat kepada kita untuk terus jalan. Perkara sinis ini sebenarnya sebelum PRU teruk saya kena maki bagaimanap­un selepas PRU sudah kurang.

Mereka melihat kita benar-benar mahu be-

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia