Harian Metro

‘IBU ASAL PAS, ABANG ORANG UMNO’

-

kerja dan memastikan buat perubahan untuk rakyat, kerja sangat penting untuk kita tunjukkan kepada mereka.

Kalau di media sosial banyaklah yang PM (mesej peribadi) dan DM (mesej langsung). Ada hantar gambar bogel yang sudah disunting dan sebagainya, tetapi saya tidak pernah tularkan sebab saya tidak mahu orang sebegitu diberi lebih perhatian, itu cara saya iaitu tidak payah layan, nanti dia akan diam.

Saya dimaki dan sebagainya memang banyak, tetapi secara fizikal belum pernah, harap dijauhkan. Saya tidak pernah layan sebab bagi saya orang macam ini tidak berguna langsung, kalau kita bagi perhatian dia akan suka jadi kita abaikan saja.

Saya sebenarnya nak berahsia sebab kita pun tidak bersedia lagi konon mahu mengenali dan faham dulu, tetapi malam saya serahkan borang DAP itu gambar ditularkan di media sosial.

Ibu bangun pagi dapat banyak WhatsApp yang bertanyaka­n kenapa anak masuk DAP dan bukan PAS atau PKR, keluarga saya baik dan memahami dan beri kerjasama yang baik.

Tidak kisah apa saya buat asalkan tidak terpesong, jadi saya jelaskan apa saya nak buat, tetapi tiada masalah keluarga menyokong.

Suami juga sebenarnya ahli DAP, kami masuk tahun yang sama pada 2014 tapi bukan di tempat sama. Kami berkenalan menerusi Program Impian Kelantan ketika itu saya sukarelawa­n, jadi dia sudah faham tugas saya dari awal sebagai aktivis dan kemudian serius kepada politik.

Skop kerja semua dia faham dan sekarang jadi wakil rakyat dia sangat menyokong. Pada hari kempen pun dari awal hingga akhir memang suami bersama dengan saya, Alhamdulil­lah saya dapat suami yang menyokong saya.

Ketari ini adalah strategi daripada parti sendiri yang menghantar saya ke sini untuk menangkan Parlimen Bentong kerana kerusi ini adalah yang terpenting kerana kita berlawan dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Jadi kita perlukan strategi terbaik untuk kemenangan DUN dan kita sasar menang Parlimen Bentong. Pada PRU-13 kita kalah majoriti 500 saja, tidak jauh, jadi PRU kali ini kita pastikan kemenangan.

Tiada masalah langsung, saya datang sini dari penghujung tahun lepas lagi berjumpa

Saya tidak selesa sebenarnya, saya rasa macam tua sangat orang panggil YB, tapi kalau benda formal saya okay. Tidak payahlah YB, saya suka orang panggil Rara, kalau masyarakat Cina mereka panggil Lala. Saya suka bergurau ‘Lala Kamheong sedap’, pengundi Cina suka dan tergelak.

Bentong antara daerah istimewa sebab terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur dan untuk hilangkan tekanan.

Di bawah Ketari kita ada Janda Baik, Bukit Tinggi dan tempat pelanconga­n lain dan saya nak pastikan kawasan ini dikomersia­lkan lagi supaya orang luar datang dan penduduk tempatan menjana pendapatan kerana kita mahu situasi menang-menang.

Orang datang tempat yang cantik dan penduduk

Saya kira manifesto itu ada beberapa perkara dijalankan dan ada dalam proses, ia sebenarnya PH dan Barisan Nasional (BN) dua-dua masih terkejut.

PH terkejut kami menang dan BN terkejut mereka kalah, jadi kita sekarang dalam proses memahami skop kerja dalam kerajaan, memang kita kata nak menang, tetapi tidak sangka kita menang dengan sebegitu besar.

Saya kira kita perlu beri ruang dan masa kepada menteri dan Perdana Menteri untuk melunaskan janji.

Janji itu tetap akan diteruskan, tetapi memakan masa dan bukan kita tidak menjalanka­n semua janji, saya kira banyak dijalankan seperti GST, ia belum terhapus, tetapi sudah zero (kosong) GST.

Kalau kita tengok hutang negara terlampau banyak saya harap rakyat faham yang kerajaan sedang usaha melakukan sesuatu manfaat dalam masa kita cuba menyelesai­kan satu persatu janji dan yakin tunaikan janji yang ada, saya yakin kalau tidak dapat 100 hari mungkin lima tahun kami akan pastikan selesai.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia