Harian Metro

TIADA KATIL NAK TIDUR

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur

Pekerja asing dilayan umpama hamba abdi apabila dibiarkan tidur di lantai beralaskan kain nipis tanpa tilam dan bantal.

Itu tindakan zalim dibongkar pihak berkuasa melalui serbuan dan Operasi Patuh (Op Patuh) di beberapa restoran sekitar Desa Petaling, Sri Petaling dan Bukit Jalil di sini, semalam.

Perkara itu didedahkan hasil operasi dijalankan Penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) di enam restoran yang didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Kerja 1955.

Unit Komunikasi

Korporat Kementeria­n Sumber Manusia dalam kenyataann­ya berkata, seramai 30 anggota penguat kuasa JTKSM diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM Asri Ab Rahman menyerbu beberapa restoran di sekitar Desa Petaling, Sri Petaling dan Bukit Jalil di sini.

“Ops Patuh yang dijalankan itu bertujuan memastikan tahap pematuhan majikan terhadap undang-undang perburuhan yang tertakluk dalam Akta Kerja 1955,

Akta Pampasan Pekerja 1952, Perintah Gaji Minimum 2016, Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 serta Garis Panduan Standard Minimum Penginapan Pekerja Asing.

“Dalam operasi kali ini, enam restoran diperiksa dan majikan didapati melakukan pelbagai

JTKSM bertindak terhadap tauke restoran

gagal jaga kebajikan pekerja asing

perlanggar­an undang-undang mengikut Akta Kerja 1955,” katanya

Menurutnya, kebanyakan majikan didapati gagal mematuhi garis panduan ditetapkan antaranya menyediaka­n kemudahan asas seperti katil dan tilam untuk pekerja.

“Ini terbukti apabila ada antara pekerja ditemui tidur di atas lantai dengan berbantalk­an lengan dan beralaskan kain sahaja.

“Tiada tilam disediakan dan mereka tidak diberikan kemudahan sewajarnya. Majikan yang gagal mematuhi garis panduan ini akan disenarai hitam untuk mendapatka­n kelulusan permohonan pekerja asing.

“Kementeria­n Sumber Manusia dan JTKSM akan meningkatk­an pemeriksaa­n ke premis penggajian bagi memastikan pematuhan sepenuhnya undang-undang perburuhan negara dan hak-hak pekerja terpelihar­a,” katanya.

Menurutnya, sehubungan itu, tindakan undang-undang termasuk pendakwaan akan diambil ke atas majikan yang didapati melanggar peruntukan yang ditetapkan dan boleh didenda maksimum sehingga RM10,000 bagi setiap kesalahan yang disabitkan.

 ??  ?? PENGUAT kuasa JTKSM melakukan pemeriksaa­n di enam restoran di sekitar Bukit Jalil, Seri Petaling dan Desa Petaling bagi memastikan majikan mematuhi Akta Kerja 1955 dan pematuhan peraturan lain.
PENGUAT kuasa JTKSM melakukan pemeriksaa­n di enam restoran di sekitar Bukit Jalil, Seri Petaling dan Desa Petaling bagi memastikan majikan mematuhi Akta Kerja 1955 dan pematuhan peraturan lain.
 ??  ??
 ??  ?? WARGA asing yang didapati tidur di atas lantai tanpa tilam dan bantal.
WARGA asing yang didapati tidur di atas lantai tanpa tilam dan bantal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia