Harian Metro

TANDING PRESIDEN

- Sariha Mohd Ali, Nazura Ngah dan Arfa Yunus cnews@nstp.com.my

Ketua Pemuda PPBM beri pendapat cara terbaik

Khairy corak kembali masa depan UMNO

“Tanding jawatan Presiden UMNO atau jangan bertanding langsung,” kata Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada rakan sejawatann­ya, Khairy Jamaluddin.

Kenyataan itu antara nasihat Ahli Parlimen Muar kepada Khairy sebagai mengambil tanggungja­wab atas kegagalan menarik sokongan anak muda untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Syed Saddiq menegaskan tindakan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti akhir bulan ini cara terbaik untuk Khairy mencorakka­n kembali masa depan UMNO, sekali gus menjadikan parti itu sebagai pembangkan­g yang kuat.

“Nasihat saya ialah KJ (Khairy) kena bertanding jawatan presiden atau (jika tidak) jangan bertanding langsung seperti Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Ketua Puteri UMNO).

“Ia sebagai mengambil tanggungja­wab penuh kepada kekalahan BN yang gagal meraih pengundi muda atau untuk menghantar mesej jelas bahawa beliau boleh mendapatka­n semula sokongan pengundi termasuk anak muda, sekali gus mampu mencorakka­n masa depan UMNO,” katanya dalam temu bual bersama NSTP di Ibu Pejabat PPBM, di sini, semalam.

Awal bulan ini Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengesahka­n beliau akan bertanding merebut jawatan naib presiden yang ketika ini disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandang­an Khairy adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

Bagaimanap­un Khairy dalam reaksinya enggan mengambil serius pandangan Perdana Menteri itu dan menyifatka­n ia sebagai satu sindiran.

 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia