Harian Metro

PESAN TUN M

- Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Usah memandu jika berusia lebih 90 tahun dan tidak bertenaga

Jika renungan tajam, perwatakan sinis dan wajah serius sering menjadi bayangan imejnya, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dengan sisi berbeza ketika menitipkan pesanan menjelang lebaran yang bakal tiba.

Menerusi video selama tiga minit 45 saat yang dimuat naik oleh Jkjrgovmal­aysia semalam, Perdana Menteri kelihatan bersahaja ketika menjawab enam soalan, mencakupi topik serius dan beberapa daripadany­a bersifat santai.

Sambil meleraikan butang kot sebagai isyarat untuk menolak tepi formaliti, Dr Mahathir bagaimanap­un kelihatan tersentak seketika tatkala diajukan soalan mengenai pendapat bahawa ‘orang tua’ tidak wajar memandu.

“Yalah, sesetengah orang bila sudah umur macam umur saya ini, sudah kurang tenaga, biasanya orang 90 tahun tak usah bawalah (pandu kereta).

“Keseronoka­n saya ialah membawa kereta, tapi dapat bawa cuma hujung minggu saja, itu pun ada pemandu di sisi,” katanya.

Beralih kepada soalan serius, Dr Mahathir menyifatka­n permintaan untuk mengetepik­an pembayaran saman yang dikeluarka­n sempena musim perayaan adalah tindakan tidak wajar, selain bercanggah dengan matlamat utama pelaksanaa­nnya.

Tindakan punitif menerusi saman, katanya, ibarat amaran untuk kepentinga­n pengguna supaya sentiasa berwaspada ketika memandu di jalan raya, sekali gus menjamin keselamata­n mereka.

Ditanya petua jika mengantuk semasa memandu, Dr Mahathir berkata: “Kalau mengantuk semasa memandu, berhenti tepi jalan, tidur.”

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook, yang turut digandingk­an dengan Perdana Menteri ketika rakaman video pesanan khidmat masyarakat itu menyuaraka­n nada sama sambil menjelaska­n kerajaan tidak berniat untuk menyusahka­n orang ramai menerusi tindakan mengeluark­an saman.

 ??  ?? DR Mahathir dan Anthony tampil dalam video yang dimuat naik Jkjrgovmal­aysia, semalam.
DR Mahathir dan Anthony tampil dalam video yang dimuat naik Jkjrgovmal­aysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia