Harian Metro

Kumpul duit raya di pusat judi

-

Serdang: Beri alasan bertaruh judi dalam talian untuk mengumpul duit raya. Itu antara alasan tidak masuk akal sebahagian lima ‘tahi judi’ yang diberkas polis dalam serbuan di tiga premis di daerah ini semalam.

Dalam serbuan bermula jam 6 petang itu, sepasukan anggota polis Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsteris­me (STAGG) Bukit Aman turut menahan dua penjaga premis serta lima kaki judi.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussin berkata, operasi dijalankan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat berhubung kegiatan judi di kawasan itu.

“Susulan itu pasukan STAGG Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melancarka­n Ops Dadu Puchong di daerah Puchong, ekoran maklumat awam diterima itu.

“Kami menyerbu tiga premis masing-masing di Jalan Perusahaan 3, Serdang Jaya, Apartment Putra Ria, Jalan Pinggiran Putra 30, Taman Pinggiran Putra Sekyen 2 dan di Jalan 11/14, Bukit Serdang, Seri Kembangan.

“Hasil serbuan di ketiga-tiga premis, kami menahan dua lelaki tempatan yang mengaku sebagai penjaga premis, manakala lima lelaki warga tempatan turut ditahan kerana sedang asyik bermain judi,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati premis berkenaan mempunyai alat kawalan jauh bagi mengawal individu keluar masuk dan dalam masa sama menghalang serbuan pihak berkuasa.

“Malah, premis berkenaan dilengkapi kamera CCTV bagi memantau kehadiran pihak berkuasa. Salah sebuah premis didapati baru beroperasi kurang tiga bulan lalu,” katanya.

“Semua premis perjudian dalam talian diserbu itu dikesan menggunaka­n komputer riba untuk beroperasi. Malah pemilik premis turut menyediaka­n kemudahan makanan kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4B(a) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ?? WARGA Indonesia mula membanjiri terminal feri di Kompleks Datuk Shaari Jihin, Pelabuhan Klang untuk pulang bagi menyambut Aidilfitri di negara mereka ketika tinjauan, semalam.
WARGA Indonesia mula membanjiri terminal feri di Kompleks Datuk Shaari Jihin, Pelabuhan Klang untuk pulang bagi menyambut Aidilfitri di negara mereka ketika tinjauan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia