Harian Metro

Kritikan jadi pedoman

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Seperti artis lain, pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Hannah Delisha tidak terkecuali menjadi mangsa serangan peribadi segelintir netizen.

Pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebaliknya memilih untuk tidak mengendahk­an kecaman netizen.

Namun, bintang jelita berusia 21 tahun ini mengakui ada juga kritikan netizen berguna bagi memperbaik­i bakat lakonan serta nyanyianny­a.

“Ada dua jenis ‘haters’. Satu memberi kritikan membina yang boleh dijadikan sebagai nasihat berguna.

“Golongan satu lagi adalah ‘haters’ kurang ajar yang mengutuk semua perkara dilakukan tidak kira baik atau buruk. Ada saja yang tidak kena pada mata mereka,” katanya.

Heroin drama bersiri Mencintaim­u Mr Photograph­er ini mengakui ada kala teringin membalas kutukan netizen kerana terlalu geram.

“Bagaimanap­un, saya mengambil keputusan untuk membiarkan saja, tiada guna memberi perhatian kepada mereka.

“Lagipun, saya tidak mahu keadaan menjadi kecoh sehingga menjadi isu. Setakat ini, belum ada kecaman teruk yang membuatkan saya sukar melupakann­ya,” katanya.

BELUM SEDIA BOTAKKAN KEPALA

Memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi, Hannah kemudian mengembang­kan bakat dalam bidang lakonan dan membintang­i beberapa drama bersiri di Singapura dan Malaysia.

Terbaru, dia membawa watak berbeza iaitu sebagai hantu jelita dalam telefilem seram komedi, The Hantus yang bakal menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 15 Jun ini.

Menurut Hannah, sebagai pendatang baru dalam industri seni tanah air, dia terbuka menerima pelbagai watak.

“Saya tiada masalah mencuba watak baru ter masuk perlu berpenampi­lan buruk. Cuma saya belum bersedia untuk membotakka­n kepala,” katanya.

Bagi Hannah, memiliki wajah cantik bukan sebab utama rezekinya dalam lakonan murah tetapi lebih kepada bakat.

“Pada saya, kalau memandang kecantikan sematamata lebih sesuai menjadi model. Berlakon memerlukan bakat, namun ini bukan bermaksud saya sudah hebat. Bukan, masih banyak lagi yang saya perlu pelajari,” ujarnya.

Kata Hannah, pada

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia