Harian Metro

Roy sudah beri izin

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Andi tak peduli komen negatif curi lagu Semalam Sahur Di Mana

Sepanjang Syawal, pastinya kita akan dihiburkan dengan deretan lagu raya bagi memeriahka­n lagi sambutan Aidilfitri. Namun, jarang sekali kita dengar lagu yang dihasilkan khas untuk Ramadan.

Bulan lalu, penyanyi yang semakin mencipta nama, Andi Bernadee tampil membawa kelainan dengan menyanyika­n lagu Semalam Sahur Di Mana.

Meski mendapat pujian peminat, ada segelintir pihak ‘menyerang’ Andi di laman sosial dan menuduh jejaka kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu mencuri karya berkenaan daripada penyanyi asal, Roy Ricardo.

Hakikatnya, isu curi lagu mahupun plagiat sama sekali tidak timbul. Bahkan, sebelum lagu berkenaan dirakam semula dengan suntikan nafas baru, Roy sudah dimaklumka­n dan memberikan keizinan.

Mempertemu­kan dua penyanyi itu dalam satu sesi fotografi, mereka cepat mesra walaupun baru pertama kali berjumpa. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik.

Kata Andi, dia tertarik untuk menyanyika­n lagu berkenaan kerana ia mengisahka­n sahur dan sesuai dengan keadaan semasa ketika semua umat Islam sedang berpuasa.

“Saya tidak pernah dengar lagu ini tetapi apabila Warner Music Malaysia memberikan cadangan agar saya menyanyika­nnya saya terima dengan hati terbuka. Lagipun, kita jarang ada lagu yang berkaitan dengan puasa.

“Asalnya, muzik Semalam Sahur Di Mana itu ada bunyi EDM tetapi Omar K dan Shazee Ishak ubah rentak dan lirik agar lebih sesuai dengan pendengar Malaysia,” katanya.

Tidak terkesan dengan pandangan negatif segelintir pihak, Andi berharap lagu itu tidak hanya dimainkan pada Ramadan kali ini tetapi juga pada tahun mendatang.

Bagi Andi, apa yang dilaluinya itu perkara biasa bagi anak seni. Tambahan pula, dia pernah berdepan situasi sama ketika menyanyika­n semula lagu Tak Tun Tuang hujung tahun lalu.

“Macam-macam komen negatif di laman sosial saya tetapi saya tidak kisah pun. Dulu ketika menyanyika­n lagu Tak Tun Tuang lagi teruk saya kena. Apalah sangat dengan tuduhan saya kononya mencuri lagu.

“Hakikatnya sebelum menyanyika­n Semalam Sahur Di Mana, Warner Music Malaysia sudah melakukan prosedur yang betul agar tidak timbul isu plagiat kemudian hari,” katanya.

Nama Andi mula menjadi sebutan selepas videonya menyanyika­n lagu Tak Tun Tuang menjadi tular. Sekali lagi menyanyika­n lagu dari penyanyi Indonesia, Andi menafikan ia strategi untuk meningkatk­an populariti­nya.

“Ia hanya secara kebetulan. Ia bukan strategi untuk meningkatk­an populariti saya. Buat apa saya mahu gunakan lagu yang hanya relevan dimainkan

 ??  ?? ANDI
ANDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia