Harian Metro

Lagu Wany Hasrita tidak dimainkan radio

-

Bukan sesuatu yang luar biasa apabila lagu daripada penyanyi lama atau baru tidak dimainkan di corong radio.

Malah, sepanjang Cik Pang wujud dalam bidang ini, masalah sama sering diluahkan segelintir penyanyi. Kasihan juga sebenarnya tetapi itu kuasa stesen radio.

Cuma, apa yang Cik

Pang terkejut apabila lagu penyanyi popular Wany Hasrita berjudul Ewah Ewah tidak diputarkan di beberapa stesen radio swasta popular.

Tidak dinafikan, pertaruhan Wany tampil dengan single irama Malaysia ibarat menjerat diri. Malah, sudah menjadi sejarah yang mana lagu berentak sebegitu tidak menepati cita rasa segelintir stesen radio.

Sebelum Wany, ramai lagi penyanyi lain mengalami nasib sama terutama yang muncul dengan single irama Malaysia termasukla­h lagu daripada Ratu Tradisiona­l Malaysia, Noraniza Idris.

Berbalik ke isu lagu Wany, apa yang kurang dengan lagu ciptaan Pak Ngah itu? Soal populariti, Wany memang popular. Bagi Cik Pang, lagu Ewah Ewah sedap dan mesra pendengar.

Lagi satu, Cik Pang perasan Wany tidak pernah ada masalah dengan stesen radio itu. Setiap kali ada acara anjuran stesen radio terbabit, Wany akan memberikan komitmen. Kalau Wany boleh bantu acara mereka, kenapa stesen radio tidak boleh membalas jasa Wany dengan memainkan lagu nyanyianny­a.

Atau mungkin adakah disebabkan lagu itu berentak irama Malaysia ia tidak layak diputarkan di corong radio popular yang meletakkan standard tersendiri? Apa kriteria sebenar lagu berentak sebegitu lulus untuk diputar di stesen radio terbabit? Jika ada, pihak berkenaan perlu meuar-uarkan kepada semua syarikat rakaman, komposer dan penyanyi.

Selagi isu diskrimina­si ini timbul, sampai bila-bila pun lagu irama

Malaysia tidak diperdenga­rkan di stesen radio popular.

Cik Pang: Nasihat Cik Pang buat Wany, jangan berhenti untuk berusaha dan terus memartabat­kan lagu irama Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia