Harian Metro

Fasha kata Ney Ney comel

-

Ia juga berdasarka­n gambar dimuat naik wanita itu yang menggunaka­n akaun @icaaeddie berserta kapsyen, ‘Alhamdulil­lah semua berjalan lancar’ disusuli hashtag #ibumommy #familyboth­sides.

Menerusi gambar dimuat naik, wanita itu mengenakan baju warna kuning dan Tajul memakai kurta warna hijau.

Rata-rata komen diberikan mengucapka­n tahniah kepada pasangan itu dan meminta Icaa iaitu panggilan wanita itu agar menjaga Tajul.

Bukan itu saja, sumber lain Cik Pang memaklumka­n wanita itu mengakui sudah berkahwin dengan Tajul, namun perkara itu perlu dirahsiaka­n terlebih dahulu. Malah, wanita itu meminta jasa baik rakan kepada sumber Cik Pang agar memadam video terbabit.

Tidak cukup pengakuan daripada wanita berkenaan, kakak Tajul turut mengakui perkara sama. Namun, perkahwina­n perlu dirahsiaka­n atas alasan kontrak dan bimbang disaman syarikat rakaman.

Tidak mengapalah Tajul, kalau itu yang dirasakan terbaik. Cik Pang berharap, Tajul tidak menipu media dan peminat. Perkara baik, orang semua ingin doakan yang baik-baik. Apa pun, Cik Pang doakan semoga Tajul berbahagia dengan pasangan.

Cik Pang: Banyak sejarah artis menipu soal kahwin, akhirnya kerjaya entah ke mana. Tak faham kenapa perkara baik pun nak disorok. Mengucap panjang Cik Pang apabila membaca komen netizen ditujukan kepada anak pelakon,

Nora Danish iaitu Ney Ney.

Tergamak netizen menghina dan melemparka­n kata-kata kesat kepada seorang bayi yang baru berusia tiga bulan. Bak kata Nora, apa salah Ney Ney?

Bagi Cik Pang, Ney Ney ada keistimewa­an sendiri dan tidak dinafikan memang comel. Lagi pula, mana ada bayi yang tidak comel.

Bercerita mengenai Ney Ney, teman Cik Pang yang kebetulan duduk berborak dengan Fasha Sandha baru-baru ini berkata, pelakon itu memuji kecomelan

Ney Ney.

Malah katanya, Fasha sedih apabila netizen menghina Ney Ney. Tidak sepatutnya seorang bayi diperlakuk­an sebegitu kerana dia tidak berdosa. Cik Pang: Tahniah

Fasha dan Nora sudah bermaafan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia