Harian Metro

GAYA SEJATI JERMAN

- Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

Pengeluar dan pengedar jenama Borgward bagi pasaran tempatan, GO Bremen Motors Sdn Bhd (GO Bremen), bakal memperkena­lkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama di negara ini dengan kemasukan model BX5 sekitar Ogos nanti.

Selain bakal membuat penampilan pertama, jenama Borgward berasal dari Bremen, Jerman, diasaskan Carl

F W Borgward pada

1890 dijangka memberi saingan terhadap jenama terkemuka lain di pasaran.

Perkara itu disahkan Pengarah GO Bremen, Ahmad Azam Sulaiman, yang mendedahka­n syarikat itu bakal memperkena­lkan model BX5 tidak lama lagi.

BX5 diperkenal­kan tahun lalu di Geneva adalah SUV lima tempat duduk untuk pasaran Asia berikutan saiznya lebih kompak dengan ukuran 4,490mm panjang, 1,877mm lebar dan 1,675mm tinggi.

Model itu dipadankan bersama enjin 1.8 liter pengecas turbo empat silinder yang menjanjika­n kuasa sehingga 190PS pada 5,500rpm dan tork 280Nm daripada 1,750 hingga 4,500rpm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi auto enam kelajuan dengan sistem pacuan semua roda.

Ahmad Azam berkata, GO Bremen akan bertindak selaku pengeluar dan pengedar bagi pasaran tempatan manakala satu lagi syarikat dikenali GO Exim Sdn Bhd akan bertindak sebagai pengekspor­t ke beberapa negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Angola, Jerman dan China.

“Kami belum boleh mendedahka­n lebih banyak maklumat. Namun, model BX5 pada peringkat awal adalah import sepenuhnya (CBU) sebelum kami melaksanak­an pemasangan tempatan (CKD).

“Buat masa ini, kami sudah menggiatka­n usaha untuk menjalinka­n kerjasama dengan pengeluar kontrak bagi model berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Borgward antara model SUV premium paling popular sebelum menamatkan operasi pada 1961 susulan kontrovers­i berhubung isu prosiding insolvensi.

Jenama itu dibangunka­n semula pada abad ke-21 dengan reka bentuk dan pemasaran kereta Borgward Group AG berpangkal­an di Stuttgart beralih ke China.

 ??  ?? GRIL hadapan tampak garang.
GRIL hadapan tampak garang.
 ??  ?? PADANAN lampu belakang aerodinami­k. RUANG dalaman premium.
PADANAN lampu belakang aerodinami­k. RUANG dalaman premium.
 ??  ?? ENJIN 1.8L pengecas turbo janji kuasa 190PS.
ENJIN 1.8L pengecas turbo janji kuasa 190PS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia