Harian Metro

DINAMIK DAN PREMIUM

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Bridgeston­e Turanza T005A janji pemanduan lancar, senyap, selamat

Sesuai bagi mereka yang mementingk­an keselamata­n dan keselesaan dalam pemanduan, tayar terbaru Bridgeston­e model Turanza T005A menawarkan ciri dinamik serta premium.

Disasarkan untuk kenderaan penumpang segmen D, rekaan bunga baru memberi lebih cengkaman ketika jalan basah dan keupayaan membrek dipertingk­atkan 10 peratus.

Ini terbukti apabila ujian di litar basah sepanjang 900 meter yang berselekoh dan laluan lurus pada kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) hingga 120km/j mendapati kenderaan tetap pada laluan serta tidak tergelinci­r.

Ketika ujian slalom dan membrek, keupayaan tayar ini mengagumka­n apabila mampu memberhent­ikan kereta pada jarak yang pendek dan stabil, secara tidak langsung menambah elemen keselamata­n terutama pemanduan dalam bandar.

Corak mengiring diperkenal­kan pada permukaan tengah tayar berfungsi mengurangk­an kebisingan pada pelbagai kelajuan dan bahagian sisi melengkung untuk menyerap tekanan dengan lebih baik ketika melalui permukaan jalan tidak rata.

Ketika menguji pada kelajuan tinggi untuk litar sepanjang 3.3 kilometer (km) terutama apabila melalui selekoh atau menukar lorong, kenderaan tidak membuai hingga mengganggu keselesaan penumpang.

Sesuai untuk perjalanan jarak jauh dengan keadaan cuaca khatulisti­wa, tayar dihasilkan daripada sebatian nano-Pro Tech dengan silika dan polimer ini mampu menyerap haba lebih baik.

Model gantian untuk tayar Turanza G100 ini juga membantu penggunaan bahan api lebih efisien dan tahan lebih lama hasil inovasi kepada pengguna serta mobiliti lebih selamat.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM437 hingga RM1,137 dengan tawaran saiz 16 hingga 20 inci.

(Penulis menyertai sesi pandu uji tayar Bridgeston­e di Thailand Bridgeston­e Proving Ground, baru-baru ini)

 ??  ??
 ??  ?? BUNGA tayar baru lebih cengkaman.
BUNGA tayar baru lebih cengkaman.
 ??  ?? LITAR ujian Bridgeston­e di Thailand.
LITAR ujian Bridgeston­e di Thailand.
 ??  ??
 ??  ?? STABIL di laluan kering dan basah.
STABIL di laluan kering dan basah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia