Harian Metro

SELESA, PRAKTIKAL & SELAMAT

Nissan Serena S-Hybrid serba baru dengan gaya dinamik dan pelbagai guna

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Keperluan memiliki kenderaan sama ada membawa ramai penumpang bersama muatan dilihat sangat penting terutama mereka yang mempunyai keluarga besar untuk sama-sama pulang ke kampung atau destinasi tertentu.

Untuk tujuan itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) adalah pilihan bersesuaia­n kerana selain mempunyai kapasiti muatan tujuh tempat duduk, ia juga menawarkan ruang dalaman fleksibel.

Antara model MPV saiz pertengaha­n yang popular ialah Nissan Serena S-Hybrid serba baru (C27) yang baru dilancarka­n.

Model generasi kelima ini tidak saja mempunyai rekaan gaya sporty, ditambah pula pelbagai ciri terkini yang memberikan kemudahan dan keselamata­n kepada setiap penumpang.

Penulis berpeluang memandu uji varian Premium Highway

Star, satu daripada dua varian ditawarkan.

Melihat pada rekaan luaran, Serena S-Hybrid masih mengekalka­n asas sama termasuk platform daripada model terdahulu tetapi diperbahar­ui pelbagai aspek.

Ini boleh dilihat pada bampar hadapan baru serta gril hadapan V-Motion, lampu utama LED dua lapisan, lampu signatur dan belakang LED dengan bentuk S serta rekaan ‘bumbung terapung’ yang membezakan­nya dengan generasi sebelum ini.

Untuk varian premium ini, ia didatangka­n dengan rim aloi 16 inci potongan berlian dan pintu belakang dwibukaan bukan sahaja memudahkan penyimpana­n barangan terutama ketika parkir di lokasi sempit.

Pintu gelongsor elektrik dua bahagian dilengkapi pengesan kaki boleh beroperasi dengan hanya satu pergerakan dan penulis mencubanya terutama ketika muatan penuh di tangan, pintu boleh dibuka dengan mudah dan sangat membantu.

Ruang dalaman adalah kelebihan utama MPV ini dengan 180 milimeter (mm) lebih panjang, 20mm tinggi dan 65mm lebar daripada model terdahulu.

Nissan Serena S-Hybrid menawarkan tujuh tempat duduk dengan 13 konfiguras­i bagi keperluan untuk penumpang atau membawa muatan dan tempat duduk kapten pada baris kedua kelihatan lebih premium.

Baris tempat duduk ketiga kini lebih mudah untuk urusan keluar masuk dengan tiang C dilebarkan 50mm bagi bukaan pintu gelongsor lebih luas serta dilengkapi suis pintu dan ‘Step Release’ bagi menggerakk­an tempat duduk baris kedua.

Papan pemuka dengan panel instrumen kemasan lembut tampil moden dan bergaya seperti Paparan Bantu Pemandu (ADAD) bersaiz tujuh inci berwarna untuk maklumat perjalanan dan roda stereng balutan kulit rekaan sporty dengan fungsi butang kawalan jelajah dan maklumat ADAD.

Untuk sistem hiburan, ia dilengkapi dengan paparan skrin sesentuh Clarion 6.75 inci termasuk ketersambu­ngan

Apple CarPlay dan Android Auto melalui telefon pintar untuk telekomuni­kasi lebih mudah.

Skrin ini juga berfungsi sebagai monitor untuk filem kegemaran anda ditayangka­n selain bersaiz 10.1 inci pada siling untuk tontonan penumpang.

Ruang simpanan barangan untuk pemandu dan penumpang hadapan juga disediakan serta lapan tempat pemegang cawan, tujuh port USB bagi kemudahan mengecas menjadikan perjalanan lebih menyeronok­kan.

Pendingin hawa dua zon

 ??  ?? REKAAN bahagian belakang dengan lampu berbentuk S.
LEBIHru
REKAAN bahagian belakang dengan lampu berbentuk S. LEBIHru
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia