Harian Metro

PROTON SAGA ‘AIDILFITRI’ BAWAH RM30,000

-

Sempena musim perayaan ini, Proton menawarkan tawaran terhebat bagi model Saga dengan harga terbaik dalam tempoh 10 tahun.

Di samping itu, penjimatan istimewa untuk model lain bermula daripada sedan hingga kenderaan pelbagai guna (MPV) yang luas dan praktikal.

Proton memahami bagaimana kereta pertama boleh mencorak kehidupan seseorang, terutama bagi mereka yang berhasrat pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan menggembir­akan ini bersama orang tersayang.

Sedan dengan harga berpatutan boleh memberi kemudahan dan keselesaan bagi perjalanan jarak jauh untuk seisi keluarga.

Atas sebab ini, Proton ingin membantu dengan model Saga boleh menjadi milik pelanggan bermula harga bawah RM30,000.

Model Saga yang popular dan tahan lasak memastikan pemanduan lancar sepanjang perjalanan sama ada di laluan biasa atau lebuh raya.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, penjimatan ditawarkan adalah berkadar sifar GST, menyerupai hampir dua kali ganda penguranga­n kadar GST.

“Ini adalah masa terbaik untuk memiliki Proton, terutama dengan GST yang berkadar sifar.

“Pelanggan berpotensi untuk mendapat penjimatan 12 hingga 18 peratus bergantung pada model kereta dengan ciri keselamata­n hebat,” katanya.

Abdul Rashid berkata, pihaknya yakin pengguna mendapat kepuasan tinggi apabila memandu Proton yang terkenal dengan kelancaran pemanduan, ketahanan dan pengendali­an hebat.

 ??  ?? TAWARAN hebat Proton sempena Aidilfitri.
TAWARAN hebat Proton sempena Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia